The Jerusalem PostTrump says toppling Iran's regime is 'probably doable,' but not his war goalPunchPete Edochie: Life, career and legacy of a Nollywood legendInquirerBuCor to help inmates form co-ops for livelihood after release한겨레폭력조직과 결탁해 ‘최대 300% 수익’ 미끼…다단계 사기 조직 검거ZDF heuteAktuelle Pressemitteilungen des ZDFThe Hollywood ReporterFubo Plans Now Include Free Disney+, Hulu, ESPN Unlimited and Fox OneImpress Watchドコモ、5GホームルータをWi-Fi 7対応に強化 受信アンテナは8本にSoompiKickFlip’s Keiju Injures Hand + To Adjust Participation In Upcoming ActivitiesCBS NewsKilmar Abrego Garcia leaving U.S. today for SpainSözcüBoşanma aşamasındaki eşini öldürdü, polise 11 saat direndiESPNWho's on the CFP bubble after the committee's fourth ranking?VanguardTears as victims of Bayelsa boat mishap get mass burial
The Daily Newsstand · Free, Always
Wednesday, November 25, 2026

Tak mampan jika kerjasama di Putrajaya, tapi bersaing di negeri, kata Loke

Translate

Setiausaha Agung DAP, Loke Siew Fook, berkata kerajaan perpaduan tidak mampu mengekalkan kerjasama jika parti sekutu bekerjasama di Putrajaya, tetapi bersaing dalam PRN.

Katanya, beliau telah memberi amaran kepada Setiausaha Agung Pakatan Harapan (PH), Saifuddin Nasution Ismail, berhubung perkara itu ketika kerajaan perpaduan dibentuk pada 2022, merujuk kejatuhan pentadbiran Muhyiddin Yassin sebagai pengajaran.

Menurutnya, gabungan pemerintah terdahulu di bawah pimpinan Muhyiddin dan kemudian Ismail Sabri Yaakob tumbang selepas sekutu di peringkat persekutuan bertembung sesama sendiri dalam PRN Sabah, Melaka sert Johor.

“Saya beritahu Saifuddin sejak awal lagi perkara ini perlu dielakkan. Kita mesti mengelakkan pertembungan pelbagai penjuru antara rakan gabungan kita dalam kerajaan persekutuan,” katanya dalam audio siar Ngopi Dengan Zafrul, yang dikendalikan bekas menteri perdagangan, Tengku Zafrul Aziz.

Ditanya sama ada kerjasama itu masih boleh diteruskan, Loke berkata: “Saya tidak fikir keadaan ini mampan. Untuk memastikan sesebuah gabungan yang benar-benar kukuh dapat bertahan di peringkat persekutuan, kerjasama itu juga mesti merentasi peringkat negeri.”

Beliau berkata, sukar untuk parti terus menjadi rakan kerjasama di Putrajaya sementara menjadi seteru dalam kerajaan negeri kerana keadaan itu boleh mengelirukan pengundi mengenai pihak yang wajar diberikan kredit atas pencapaian kerajaan.

Loke berkata, kerajaan perpaduan berjaya mengelakkan pertembungan sedemikian dalam tempoh tiga tahun pertama, termasuk dalam enam PRN, ketika PH dan Barisan Nasional (BN) bertanding bersama.

Bagaimanapun, ketegangan kembali timbul sejak beberapa bulan ini, khasnya selepas PRN Sabah serta perkembangan di Johor.

DAP tawar diri tak sertai kerajaan pada 2022

Loke mengimbau bagaimana DAP bersedia untuk tidak menyertai kerajaan perpaduan jika itu syarat yang perlu dipenuhi bagi membolehkan Anwar Ibrahim dilantik perdana menteri selepas PRU15 pada 2022, yang menyaksikan negara julung kali mengalami Parlimen tergantung.

“Saya beritahu Anwar, sila pergi ke istana. Pastikan anda bersetuju dengan apa sahaja syarat ditetapkan bagi membolehkan anda menjadi perdana menteri.

“Walaupun syaratnya ialah DAP bukan sebahagian daripada kerajaan, kami bersedia menyokong anda dan saya juga bersedia tidak berada dalam Kabinet. Buatlah perjanjian itu dan teruskan.”

Loke berkata, Anwar menolak cadangan itu dan bertegas DAP perlu menjadi sebahagian daripada kerajaan.

Bekas menteri pengangkutan itu berkata, beliau pernah menawarkan diri untuk ke Sarawak bagi memohon maaf kepada Pengerusi Gabungan Parti Sarawak (GPS), Abang Johari Openg, jika DAP dilihat menjadi penghalang dalam rundingan pembentukan kerajaan ketika itu.

Beliau berkata, matlamat utama ialah memastikan Anwar dilantik perdana menteri dan kestabilan politik negara dapat dipulihkan.

Jelasnya, keputusan DAP kekal dalam kerajaan perpaduan bukan pendirian peribadinya semata-mata, sebaliknya keputusan bersama yang disahkan melalui undian sulit pada Kongres Kebangsaan DAP.

Menurutnya, DAP akan terus menyuarakan bantahan terhadap isu yang tidak dipersetujui parti, tetapi tidak akan mengambil tindakan yang boleh menjejaskan kestabilan kerajaan.

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.

View the original on Free Malaysia Today →

KioskNews shows a cleaned-up reading view extracted from the publisher’s page — the original always lives on their site, not ours.