The Jerusalem PostKushner says US working toward 'largest prisoner exchange' of Russia's war in UkraineZDF heuteEntdecken Sie das ZDF-Nachrichtenstudio中国新闻网一张草原奶皮的逆袭:蒙古族老味道跑出富民新速度CBS NewsVan Hollen will challenge Schumer for Senate majority leaderLenta.ruУкраине предрекли гибель без миллионов мигрантовBBC 中文微軟系統全球癱瘓:Outlook、Teams、Copilot受影響The Sydney Morning HeraldBeau Lamarre-Condon trial live updates: Former NSW Police officer, alleged double murderer’s cross-examination continues; grilled by Crown over texts to Jesse BairdNew Straits TimesMessi finalist for third straight MLS MVP awardDaily MailSeedy Russell Brand and Diddy private jet video: As rapist comedian joins rapper behind bars, the truth about their friendship is revealedGMA NewsAustralia's spy agency, federal police hit by Microsoft outageالنهاررئاسة الجمهورية ستتصدى لمن يعمل على "سقوط دم في الشارع"Het Laatste NieuwsPaus ontmoet zes slachtoffers van misbruik binnen de kerk in Peru
The Daily Newsstand · Free, Always
Friday, November 13, 2026

Puluhan tahun dihantui banjir, penduduk Belimbing Dalam sandar harapan pada projek RM603.7 juta

Translate

Empat hingga lima kali setahun rumahnya ditenggelami banjir, namun bagi Zakaria Naim berpindah bukan pilihan kerana kekangan kewangan memaksanya terus bertahan di Kampung Belimbing Dalam.

Zakaria, 66, yang menetap di situ sejak lahir berkata keadaan pernah lebih buruk pada 2006 apabila rumahnya dilanda banjir hampir 16 kali.

“Kalau berlaku banjir, ibarat macam pesta. Tak boleh buat apa dah. Yang penting, kita jaga keluarga dulu, barang-barang nombor dua. Selamatkan keluarga.

“Pak cik bukan orang senang. Nak pindah pun perlukan duit. Jadi, kita terpaksa harungi sajalah,” katanya kepada FMT.

Zakaria Naim

Zakaria Naim.

Warga emas itu berkata, air pernah naik melebihi 1 meter sehingga merosakkan perabot dan barangan elektrik.

Dia masih ingat kejadian pada 2011 apabila peti aisnya rosak kerana tidak sempat dialihkan sebelum air naik, memaksanya mengeluarkan kira-kira RM800 untuk membeli yang baharu.

Pada tahun sama, Zakaria kehilangan 25 ekor kambing akibat masalah kembung perut yang dikaitkan dengan cuaca sejuk, selain pernah bermalam di atas lori sendiri bagi menjaga barangan ketika banjir.

Kini, dia menyediakan kayu dan pelantar untuk meninggikan barangan setiap kali air naik.

“Kita tak berani nak beli barang banyak-banyak sebab takut banjir datang lagi,” katanya yang turut memikirkan keselamatan lima anaknya setiap kali bencana itu melanda.

Kerja pembersihan selepas banjir juga mengambil masa beberapa hari akibat rumah dipenuhi air kotor dan lumpur. Malah, bau busuk boleh berlarutan hampir sebulan sehingga menjejaskan operasi kedai makannya.

“Selagi bau itu tak rasa selesa, kita tak akan buka kedai,” katanya.

Bagaimanapun, Zakaria berkata keadaan banjir di kampung itu dilihat semakin berkurangan sejak beberapa tahun kebelakangan ini, susulan kerja menaik taraf Kolam Tebatan Banjir Krubong–Durian Tunggal.

Perlindungan penduduk

Kolam dwifungsi bernilai RM603.7 juta itu mula dilaksanakan pada Ogos 2022 dan dijangka siap pada 2030 bagi meningkatkan perlindungan penduduk di kawasan berisiko banjir.

Projek di bawah Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) itu menggabungkan fungsi takungan banjir dan penyimpanan air mentah untuk bekalan air negeri.

Kolam itu akan menampung lebihan air ketika hujan lebat sebelum alirannya dilepaskan ke Empangan Durian Tunggal.

Antara skop pembinaan termasuk kerja mengorek dan menaik taraf kolam, membina struktur kawalan air, menambah baik sungai serta menyediakan saluran masuk dan keluar air bagi mengurus aliran dengan lebih teratur.

Ia adalah satu daripada lapan projek tebatan banjir di Melaka bernilai keseluruhan RM1.46 bilion bagi tempoh 2021 hingga 2026 yang diluluskan kerajaan persekutuan.

Tujuh projek lain ialah Rancangan Tebatan Banjir (RTB) Alor Gajah Fasa 1, RTB Bandar Jasin, RTB Bandar Merlimau, RTB Sungai Putat dan RTB Sungai Duyong, manakala RTB Sungai Melaka Fasa 1 serta RTB Sungai Baru di Alor Gajah masih di peringkat prapelaksanaan.

Bagi Zakaria, perubahan yang mula dirasai penduduk memberi sedikit kelegaan selepas sekian lama berdepan banjir.

“Kita bersyukur. Kerajaan pun sudah ambil berat. Masyarakat kampung selalu bangkitkan masalah ini, jadi sekarang kerajaan sudah mula ambil tindakan untuk bantu penduduk Belimbing Dalam,” katanya.

Siti Hawiah Marsum

Siti Hawiah Marsum.

Harapan sama turut disuarakan Siti Hawiah Marsum, 64, yang bimbang keselamatan dirinya dan keluarga jika banjir besar kembali melanda.

Kebimbangannya bertambah kerana suaminya mengalami strok ringan, manakala mereka turut tinggal bersama seorang anak berusia 30 tahun yang juga orang kurang upaya (OKU).

Selepas enam tahun menetap di kampung itu, Siti Hawiah berkata banjir yang sebelum ini berlaku hampir setiap tahun kini semakin berkurangan.

“Sebelum saya duduk di sini, memang kerap banjir. Setiap tahun rasanya ada banjir. Sekarang saja dah tak banjir, Alhamdulillah,” katanya.

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.

View the original on Free Malaysia Today →

KioskNews shows a cleaned-up reading view extracted from the publisher’s page — the original always lives on their site, not ours.