The Jerusalem PostHakeem Jeffries set to become US House speaker amid Democrats victory in midterm electionsPunchBritish tennis star receives death threats after defeatDaily MaverickUS MIDTERMS: Democrats capture Congress in sweeping setback for TrumpInquirerJunk shop workers find suspected explosive in Sultan KudaratSky TG24Attacco hacker ai supermercati in Europa, quali Paesi sono stati colpiti e come è successoCNN TürkOsmaniye'de tıra arkadan çarpan tırın sürücüsü öldüZDF heuteEntdecken Sie das ZDF-NachrichtenstudioNumeramaLe singles Day 2026 bat son plein : les meilleures offres du Black Friday chinois sont iciRai NewsOdessa sotto attacco. A Bruxelles incontro tra Ue, Nato, e delegazioni di Mosca e KievEuronews‘We will take back the House in 2028’: US House Speaker Johnson promises Republican comebackBollywood Hungama‘Baby Doll’ singer Kanika Kapoor announces separation from husband Gautam HathiramaniPremium TimesASUU threatens industrial action over Wike’s allocation of UniAbuja land
The Daily Newsstand · Free, Always
Wednesday, November 4, 2026

2 beranak didenda RM500 halang pegawai tangkap anjing liar

Translate

Seorang wanita dan anak perempuannya didenda RM500 oleh Mahkamah Majistret Muar di Johor selepas mengaku bersalah menghalang tugas anggota penguat kuasa Majlis Perbandaran Muar (MPM) ketika operasi menangkap anjing liar bulan lalu.

Warga Indonesia, Ainun Jongin, 52, dan anak perempuannya, Loo Sock Yan, 24, membuat pengakuan itu selepas pertuduhan dibacakan di hadapan Majistret Kartini Kasran, lapor Berita Harian.

Kartini turut memerintahkan kedua-dua tertuduh dipenjara 30 hari jika gagal membayar denda berkenaan.

Mengikut pertuduhan, mereka didakwa sengaja menghalang tugas seorang penjawat awam, iaitu pembantu kesihatan awam MPM dalam operasi menangkap anjing liar di hadapan sebuah rumah di Taman Bintang Emas, Bukit Pasir, kira-kira 5.45 pagi, 29 Okt lalu.

Mereka didakwa mengikut Seksyen 186 Kanun Keseksaan dibaca bersama Seksyen 34 kanun sama, yang memperuntukkan hukuman penjara sehingga dua tahun atau denda maksimum RM10,000 atau kedua-duanya sekali, jika sabit kesalahan.

Berdasarkan fakta kes, pengadu menangkap dua anjing liar sebelum didatangi kedua-dua tertuduh yang kemudian menghalang tugasnya serta cuba melepaskan haiwan berkenaan.

Kedua-dua tertuduh kemudian mengambil alat digunakan untuk menangkap anjing sebelum seorang anggota penguat kuasa wanita cuba mengawal dan menenangkan keadaan, namun terjatuh.

Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya, Yasmin Mohd Piah, manakala kedua-dua tertuduh diwakili peguam, Tan Joes Nan.

View the original on Free Malaysia Today →

KioskNews shows a cleaned-up reading view extracted from the publisher’s page — the original always lives on their site, not ours.