PunchDSS denies Atiku’s ADC rally disruption claim, orders probeDaily MaverickWORLD: Keisha Lance Bottoms wins Georgia race, becomes first black woman elected governor of USThe Jerusalem PostUS-Israel ties deserve transparency before elections, not after - editorialInquirerSt. Luke’s Medical Center reports personal data breach한겨레관람객 “안 보인다” 민원에 내실서 쉬지도 못해… 국내 코끼리 22마리의 열악한 삶Inquirer EntertainmentWinwyn Marquez gushes over Mikee Quintos’ resemblance to Alma MorenoCNN TürkCNN TÜRK ABD Temsilcisi Yunus Paksoy: “TRUMP TERSTEN TARİH YAZDI”ZDF heuteAktuelle Pressemitteilungen des ZDFWirtualna PolskaDemokraci odbijają Senat i przejmują pełną kontrolę nad Kongresem. Sensacja w TeksasieBellaNaija“The Legacy Continues”: 2Baba Announces New Album ‘Oldest Young Man’The Hollywood ReporterBen Shapiro Says 2026 Midterms Were “A Wipeout for Republicans”: “The President Was Kind of on the Ballot”NDTVPramila Jayapal To Ro Khanna: How Indian-Origin Faces Are Performing In US Elections
The Daily Newsstand · Free, Always
Wednesday, November 4, 2026

Kerajaan jangka bentang pindaan Akta TH tahun depan

Translate

Kerajaan dijangka membentangkan pindaan Akta Tabung Haji 1995 tahun depan, selaras dengan syor Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI) berhubung pengurusan dan operasi Lembaga Tabung Haji (TH).

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) Zulkifli Hasan berkata kerajaan sudah menubuhkan jawatankuasa khas dan jawatankuasa teknikal bagi memuktamadkan pindaan berkenaan.

“Kita akan memuktamadkannya secepat mungkin dan insya-Allah, tahun depan kita akan berusaha untuk meminda Akta Tabung Haji.

“Akta TH ini akan dipinda dengan mengambil kira keseluruhan transformasi yang kita lakukan berdasarkan syor RCI.

“Ini termasuk kriteria dan kepakaran ahli lembaga, larangan pelantikan ahli politik aktif, serta proses pelantikan dan penamatan secara bebas,” katanya di Dewan Rakyat.

Zulkifli berkata pandangan pelbagai pihak, termasuk pemegang taruh, turut diambil kira bagi memastikan kelemahan dan kelompongan yang dikenal pasti menerusi syor RCI dapat ditangani.

Beliau menjawab soalan Nurul Amin Hamid (PN-Padang Terap) yang meminta kerajaan menjelaskan jangka masa pindaan Akta Tabung Haji termasuk peruntukan Seksyen 24.

Sebelum ini, dilaporkan proses pindaan Akta Tabung Haji 1995 sudah mencapai hampir 90%, dengan aspek struktur dan pengurusan dalaman berada pada fasa akhir.

Pengerusi TH Abdul Rashid Hussain berkata baki proses yang perlu diselesaikan membabitkan aspek kawal selia sebelum pindaan itu dibentangkan kepada Jemaah Menteri.

View the original on Free Malaysia Today →

KioskNews shows a cleaned-up reading view extracted from the publisher’s page — the original always lives on their site, not ours.