PunchWike remains an asset to APC, shouldn’t be embarrassed — LawmakerInquirer8 ex-NPA rebels surrender in Northern SamarCNN TürkBORSA NEDEN DÜŞTÜ? BİST 100’de sert düşüş | Borsa İstanbul bugün neden düşüyor, son durum ne?וואלההמשטרה נערכת לדרבי התל אביבי בכדורסל: מאות שוטרים יתפרסו באזור היכל מנורהThe Jerusalem PostJustice Minister allows Shin Bet to decide on security for party leaders after full panel no-showInquirer EntertainmentTeenage fan dies after medical emergency before Stray Kids concert in ArgentinaRTP DesportoLiga Europa. Benfica vence AC Milan de Rúben Amorim por 2-0UOLPeter Max, conhecido pela arte símbolo dos anos 1960, morre aos 88 anosХабрОтказоустойчивость в мультиклауде: архитектура и реальные кейсыObservador DesportoCanadá vai defender aproximação à UE no Parlamento EuropeuThe RegisterJudge orders Microsoft to spill internal docs and scour execs' comms in secondhand licensing caseIl Fatto Quotidiano“Ce l’avete fatta a farmi scendere la lacrimuccia”: Edelfa Chiara Masciotta rompe il silenzio sull’incidente che le ha cambiato la vita con cinque operazioni
The Daily Newsstand · Free, Always
Thursday, September 17, 2026

Pemimpin Pemuda PKR gesa hidupkan semula akta jerebu rentas sempadan

Translate

Seorang pemimpin Pemuda PKR menggesa kerajaan menghidupkan semula cadangan Akta Pencemaran Jerebu Rentas Sempadan yang menekankan pendekatan diplomasi dan kerjasama serantau sahaja tidak lagi memadai menangani masalah berulang itu.

Naib Ketuanya Nabil Halimi berkata undang-undang berkenaan perlu membolehkan tindakan diambil terhadap pihak yang terbukti menyebabkan pencemaran rentas sempadan, termasuk syarikat Malaysia yang beroperasi di luar negara.

Nabil Halimi.

“Jika diplomasi dianggap memadai, mengapa rakyat masih menanggung masalah yang sama?,” katanya dalam kenyataan.

Semalam, Timbalan Perdana Menteri Zahid Hamidi berkata Malaysia mengutamakan kerjasama diplomatik jangka panjang dan tindakan pencegahan awal berbanding tuntutan pampasan terhadap negara jiran dalam menangani jerebu rentas sempadan.

Zahid yang juga pengerusi Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negara, berkata pendekatan diplomatik yang berhemah dan berstruktur adalah kaedah paling berkesan bagi menangani isu sensitif antara negara ASEAN selain memastikan penyelarasan teknikal dapat dilakukan.

Malaysia sebelum ini pernah mempertimbangkan undang-undang khusus bagi menangani jerebu rentas sempadan, namun cadangan itu tidak diteruskan pada 2020 selepas kerajaan ketika itu mengambil kira kebolehlaksanaan penguatkuasaan, hubungan diplomatik serta kesukaran mendapatkan bukti daripada negara lain.

Pada 2023, kerajaan sekali lagi memutuskan untuk tidak membentangkan rang undang-undang berkenaan selepas mengambil kira pandangan Jabatan Peguam Negara dan pakar undang-undang mengenai kesukaran mendakwa kesalahan yang berlaku merentasi sempadan.

Kerajaan kemudiannya menjelaskan ia tidak menutup sepenuhnya kemungkinan memperkenalkan undang-undang sedemikian.

Isu jerebu kembali mendapat perhatian sejak bulan lalu apabila beberapa kawasan di Sarawak mencatat bacaan Indeks Pencemaran Udara (IPU) tidak sihat hingga berbahaya, mendorong kerajaan menjalankan operasi pembenihan awan.

Menteri Sumber Asli dan Kelestarian Alam Arthur Joseph Kurup turut menyatakan Malaysia bersedia membantu Indonesia memadam kebakaran hutan dan tanah, termasuk menerusi operasi pemadaman udara dan pembenihan awan.

Mengulas lanjut, Nabil berkata kerangka undang-undang itu perlu merangkumi kuasa penyiasatan yang lebih kukuh, kewajipan menyerahkan maklumat serta penalti terhadap pihak yang menyebabkan pencemaran.

Beliau berkata masalah jerebu tidak seharusnya dilihat sekadar isu kualiti udara kerana ia turut memberi kesan kepada kesihatan, kehidupan harian serta penggunaan wang awam untuk menangani akibat pencemaran.

“Tidak boleh pihak lain mengaut keuntungan, tetapi rakyat kita pula menanggung bil pencemarannya,” katanya.

Nabil turut menggesa Malaysia menggunakan platform Asean untuk menuntut perkongsian data lebih telus serta menetapkan langkah pencegahan dan penguatkuasaan dengan tempoh pelaksanaan yang jelas.

Katanya, walaupun prinsip tidak campur tangan dalam urusan negara anggota perlu dihormati, pencemaran yang merentasi sempadan tidak lagi boleh dianggap semata-mata masalah domestik sesebuah negara.

“Prinsip tidak campur tangan tidak boleh menjadi lesen untuk mencemarkan udara jiran.

“Nyawa, kesihatan dan hak rakyat mesti mengatasi keselesaan diplomatik,” katanya.

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.

View the original on Free Malaysia Today

KioskNews shows a cleaned-up reading view extracted from the publisher’s page — the original always lives on their site, not ours.