Fadhlina arah JPN siasat dakwaan pengetua gangguan seksual pelajar

Menteri Pendidikan Fadhlina Sidek mengarahkan Jabatan Pendidikan Negeri (JPN) Perak menjalankan siasatan berhubung dakwaan seorang pengetua melakukan gangguan seksual terhadap pelajar.
Menurut beliau, pengetua terbabit juga sudah ditempatkan di Pejabat Pendidikan Daerah (PPD) Bagan Datuk buat sementara sehingga siasatan selesai.
Beliau memaklumkan perkara itu menerusi komen menerusi akaun miliknya di hantaran tular insiden itu di Threads, hari ini, lapor Harian Metro.
Terdahulu, hantaran tular berkenaan memohon ibu bapa dan masyarakat di Teluk Intan, Perak supaya berhati-hati berikutan dakwaan membabitkan pengetua di sebuah sekolah menengah kerajaan.
Ia termasuk gangguan seksual serta mesej berunsur romantik kepada seorang pelajar perempuan Tingkatan 3 selain dakwaan mengenai hubungan sulit.
Hantaran itu juga meminta semua pihak mengambil serius perkara itu demi keselamatan pelajar dengan melakukan siasatan dan tidak mengabaikan dakwaan sedemikian.
Menerusi satu video tular, lelaki dipercayai pengetua itu berdepan beberapa wanita yang mahu mendapatkan penjelasannya.
KioskNews shows a cleaned-up reading view extracted from the publisher’s page — the original always lives on their site, not ours.