The Jerusalem PostProsecutors seek two years for Belgium man accused of threats, swastikas, and Holocaust denialCNN TürkMASTERCHEF ELEME ADAYI 7 KASIM 2026 | MasterChef'te eleme adayı kim oldu, dokunulmazlığı hangi takım kazandı?Inquirer16 local governments in Soccsksargen get P520M for quake recoveryPunchNatasha tackles Obi-Kwankwaso group over cash gift probeZDF heuteEntdecken Sie das ZDF-NachrichtenstudioBBC NewsAmbika Mod says the 'glass ceiling is always getting higher' for South Asian actorsNew Straits TimesNeuer's record-breaking day turns sour after error and injuryDaily MailRioters smash up shops, set fires in the streets and clash with police in France as thousands take to streets in another weekend of violent protests中国新闻网浙江省第十二届残疾人运动会在衢州开幕The Sydney Morning HeraldSuperlative: This Fiddler on the Roof rises to and exceeds expectationInfobaeIdentificaron al piloto que murió en el accidente de un helicóptero en Miami-DadeGlobo EsporteFlamengo x Bahia - Copa do Brasil Feminina 2026 - Ao vivo - globoesporte.com
The Daily Newsstand · Free, Always
Sunday, November 8, 2026

Lebih 4,000 berada di PPS

Translate

Situasi banjir di Selangor dan Perak terus memburuk apabila jumlah mangsa di pusat pemindahan sementara (PPS) meningkat kepada 4,504 petang ini, berbanding 1,404 pagi tadi.

Di Selangor, jumlah mangsa banjir menunjukkan peningkatan dengan 4,234 mangsa daripada 251 keluarga ditempatkan di tujuh PPS, berbanding 1,206 mangsa daripada 316 keluarga di sembilan PPS, pagi tadi.

Menurut InfoBencana Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM), empat PPS masih beroperasi di Kuala Selangor iaitu Sekolah Agama Batu Lapan Ijok yang menempatkan 2,999 mangsa daripada 67 keluarga, Sekolah Kebangsaan (SK) Parit Mahang (799 mangsa, 61 keluarga), SK Dato’ Maharaja Lela (192 mangsa, 61 keluarga) dan SK Jaya Setia (71 mangsa, 21 keluarga).

Dua PPS di Shah Alam iaitu di Dewan Kenanga Pejabat Daerah dan Tanah Petaling, Seksyen U5 menempatkan 59 mangsa daripada 15 keluarga, manakala PPS Kampung Melayu Subang (47 mangsa, 11 keluarga).

Di Klang, 67 mangsa daripada 15 keluarga ditempatkan di PPS Dewan Masjid Al-Taqwa, Bukit Kapar.

Dua PPS yang ditutup ialah SK Desa Aman di Kuala Selangor dan SK Merbau Sempak, Shah Alam.

Sementara itu, di Perak, jumlah mangsa banjir dan ribut meningkat kepada 270 daripada 79 keluarga petang ini, berbanding 198 orang daripada 58 keluarga pagi tadi melibatkan daerah Hilir Perak dan Manjung.

Sekretariat Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri (JBPN) dalam kenyataan memaklumkan jumlah mangsa ditempatkan di PPS Dewan Majlis Perbandaran Teluk Intan (MPTI) Langkap kekal 137 orang daripada 40 keluarga, manakala jumlah mangsa di PPS Dewan Rumah Rehat MPTI meningkat kepada 107 orang daripada 32 keluarga.

Sementara itu, 26 mangsa daripada tujuh keluarga yang terjejas akibat bencana ribut masih ditempatkan di PPS Dewan Komuniti Manjung.

Jabatan Meteorologi Malaysia meramalkan hujan di semua daerah malam ini.

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.

View the original on Free Malaysia Today →

KioskNews shows a cleaned-up reading view extracted from the publisher’s page — the original always lives on their site, not ours.