InquirerAlmost P15M worth of marijuana bricks seized in Ifugao buy-bustPunchOsimhen ranks 5th among CIES’ most valuable strikersThe Jerusalem PostPoland expects to sign $50 billion nuclear plant deal with Westinghouse, Bechtel early next yearLa NaciónLa agenda de la TV del viernes: los octavos del torneo Clausura, el Gran Premio de Las Vegas y el fútbol de EuropaZDF heuteEntdecken Sie das ZDF-NachrichtenstudioCBS NewsWhite House national cyber director leaving his post, official saysCNN بالعربيةبالصور.. القضاء الأمريكي يكشف تفاصيل تحقيق واتهام رجل بتمويل داعش عبر عملات رقميةسكاي نيوز عربيةترامب يغير نهجه.. واشنطن تطرح فكرة انضمام أوكرانيا للناتوHet Laatste NieuwsIsraël voert bombardement uit op Bekavallei in oosten van Libanon - Oorlog tegen Iran kostte VS al bijna 44 miljard euroThe Japan TimesFormula One drivers prepare for Las Vegas race with plenty still at stakeBBC BusinessGTA 6 breaks records as sales top $2bn - industry estimateالنهارموسكو تطالب كييف بالتخلي عن الغرب... وصحيفة تكشف مقترح الناتو مقابل أراضٍ
The Daily Newsstand · Free, Always
Friday, November 20, 2026

Jangan minta PN sahaja berjiwa besar, Samsuri ingatkan rakan kerjasama

Translate

Perikatan Nasional (PN) dan Barisan Nasional (BN) perlu sama-sama berjiwa besar dalam membina kerjasama politik, khususnya bagi menghadapi PRU16, kata Ahmad Samsuri Mokhtar.

Pengerusi PN itu berkata sebarang rundingan antara kedua-dua gabungan mesti berasaskan prinsip kesetaraan, saling menghormati dan mengambil kira kepentingan bersama, bukannya hanya memenuhi kehendak sebelah pihak.

“Jangan minta kita sahaja dalam Perikatan Nasional untuk berjiwa besar.

“Pihak satu lagi pun perlulah berjiwa besar,” katanya pada Sambutan 70 Tahun PAS Dungun dan Himpunan Teguh Memimpin Terengganu (TMT 2.0), malam tadi.

Intipati ucapannya dikongsi Urus Setia Penerangan Darul Iman.

Kenyataan Samsuri itu menyusul kejayaan kerjasama BN-PN pada PRN Melaka Sabtu lalu, apabila kedua-dua gabungan menguasai 24 daripada 28 DUN, dengan BN memenangi 21 kerusi dan PN memperoleh tiga.

Susulan kemenangan itu, Pengerusi BN Zahid Hamidi menyifatkan PN sebagai ‘rakan strategik baharu’, namun sehari kemudian menegaskan BN belum merancang untuk memperluaskan kerjasama berkenaan ke PRU16.

Zahid berkata, perbincangan mengenai kerjasama itu akan diadakan apabila tiba masanya.

Pendirian itu berbeza dengan Ketua Penerangan PAS Ahmad Fadhli Shaari yang mahu kedua-dua gabungan segera memulakan rundingan, khususnya membabitkan pembahagian kerusi dan strategi menghadapi PRU16.

Samsuri berkata, pengalaman kerjasama politik di Johor, Negeri Sembilan dan Melaka menunjukkan pentingnya semua pihak berlapang dada dalam membina muafakat.

Beliau menegaskan tiada istilah ‘abang long’ dalam rundingan politik kerana semua pihak perlu duduk sebagai rakan setara.

“Tidak ada abang long. Awal-awal lagi saya pernah sebut kepada rakan-rakan yang kita runding, tidak ada istilah abang long dalam perbincangan dan perundingan.

“Barulah kita duduk sebagai rakan yang setara untuk berbincang,” katanya.

Samsuri turut mengingatkan prinsip dan peraturan rundingan perlu konsisten serta tidak boleh diubah mengikut kepentingan pihak tertentu.

Beliau berkata, kegagalan mencapai muafakat boleh membawa mudarat politik lebih besar, terutama jika berlaku pertembungan sesama sendiri pada PRU16.

Menurutnya, penyelarasan kerusi dan kerjasama politik lebih tersusun berpotensi meningkatkan peluang memenangi kerusi yang kini dikuasai Pakatan Harapan (PH), termasuk DAP.

Beliau berpandangan sejumlah kerusi Parlimen juga berpotensi dimenangi semula sekiranya pertandingan tiga penjuru dapat dielakkan.

Sehubungan itu, Samsuri mengingatkan pemimpin dan ahli parti supaya mengetepikan kepentingan peribadi serta kedudukan masing-masing demi mencapai matlamat politik bersama.

“Kerana menjadi calon di mana-mana kerusi bukan menjadi objektif menyertai parti politik,” katanya.

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.

View the original on Free Malaysia Today →

KioskNews shows a cleaned-up reading view extracted from the publisher’s page — the original always lives on their site, not ours.