InquirerWoman killed in Bataan as pickup truck hits tricycleThe Jerusalem Post'Good for Nvidia, USA': Trump calls for chip manufacturer to rehire ex-CEO Jensen HuangCNN TürkHull City'den liderlik mücadelesi veren Brighton'a çelmeInquirer EntertainmentMiss Universe 2025 Fatima Bosch, the embattled beauty queenPunchUS midterms: Democrats secure biggest House majority in 34 years한겨레일, 지난달 사이버공격 전년보다 82% 증가…“핵심 인프라 마비 발생할 수도”Daily MaverickProtea Warriors: Netball’s gender stigma keeps boys away from the sport, says SA men’s coachZDF heuteAktuelle Pressemitteilungen des ZDFHet Laatste NieuwsKIJK. Heldhaftige golden retriever twijfelt geen seconde wanneer Braziliaans kind dreigt te verdrinken in zwembadCapital FMOPINION: Healthcare Needs Fewer Firefighters and More StrategistsNDTVCongress, Samajwadi Party Meet On UP Seat-Sharing Ends In 15 MinutesTagesschauGeheimdienste warnen: Russland soll Atomwaffe im Weltraum vorbereiten
The Daily Newsstand · Free, Always
Monday, November 23, 2026

Pegawai AKPS ditahan terlibat bawa masuk pendatang asing tanpa dokumen

Translate

Agensi Kawalan dan Perlindungan Sempadan Malaysia (AKPS) mengesahkan seorang pegawainya ditahan kerana disyaki terlibat kegiatan membawa masuk warga asing tanpa dokumen sah.

Ketua Pengarah AKPS, Shuhaily Zain, berkata penahanan itu susulan seorang pegawai wanita AKPS menyedari tindakan pegawai atasannya yang didakwa melakukan sesuatu di luar prosedur ditetapkan.

Beliau berkata, AKPS akan memberikan kerjasama kepada polis bagi membongkar rangkaian lebih besar, membabitkan penyeludupan migran.

“Saya bersedia untuk bekerjasama dengan PDRM dalam isu ini.

“Tangkap berapa ramai yang perlu ditangkap. Saya rasa rakyat Malaysia sudah cukup muak dengan kegiatan seperti ini,” katanya kepada pemberita ketika Majlis Penajaan Inisiatif Sang Perkasa, di Zoo Negara, di sini, hari ini.

Beliau berkata, kes itu tidak boleh dipandang ringan, kerana kegiatan sedemikian berpotensi melibatkan counter setting, namun enggan mengulas lanjut mengenai modus operandi kes berkenaan kerana siasatan masih berjalan.

Dalam pada itu, beliau turut memuji keberanian pegawai wanita berkenaan dan menyifatkan tindakan itu, sebagai titik permulaan kepada perubahan yang ingin dibawa dalam AKPS.

“Saya akan bertemu pegawai berkenaan dalam masa terdekat, untuk menyampaikan penghargaan atas keberanian dan integriti yang ditunjukkan.

“Keberanian seperti ini perlu dihargai dan dihormati kerana hanya memerlukan seorang individu untuk mengubah apa yang berlaku di lapangan. Beliau berani tampil walaupun berdepan cabaran dan saya akan berada di belakangnya,” katanya.

Pada 17 Nov, seorang penjawat awam berusia 40-an ditahan, selepas disyaki membawa masuk seorang wanita warga asing berusia 38 tahun tanpa dokumen perjalanan sah di KLIA Terminal 2.

Kes itu disiasat mengikut Seksyen 26B(d) Akta Antipemerdagangan Orang dan Antipenyeludupan Migran 2007 (ATIPSOM).

View the original on Free Malaysia Today →

KioskNews shows a cleaned-up reading view extracted from the publisher’s page — the original always lives on their site, not ours.