CNN TürkMASTERCHEF ELENEN İSİM: 15 Kasım MasterChef'te kim elendi, kim veda etti? İşte elenen yarışmacıInquirerNo LPA, cyclone expected to form in PH in 3 daysPunchICYMI: Tinubu approves recruitment of 28,000 soldiers, 50,000 police officersThe Jerusalem PostTwo oil tankers hit mines in the Strait of Hormuz, IRGC says한겨레최혜진, 또 한 걸음 앞에서 멈췄다…LPGA 준우승만 10번째ZDF heuteEntdecken Sie das ZDF-NachrichtenstudioRapplerLIVE UPDATES: 49th ASEAN Summit in ManilaThe South AfricanMTN makes fresh bid to buy TelkomSözcüMerkür retrosu bitti, bugün 4 burç için yeni bir dönem başlıyorDaily MailRussell Brand compares himself to Saint Paul in shameless sermon from behind bars delivered by wife Laura: Rapist says he forgives the sex offenders he's locked up with - and spouts conspiracy theory about why he was found guiltyThe RegisterTechie rigged off-spec fan near flammable liquid and an exposed motherboard, then left it to run for daysn-tv190 Menschen an Bord: Defektes Steuerruder bei Tanker sorgte für Schiffsunglück in New Orleans
The Daily Newsstand · Free, Always
Monday, November 16, 2026

BN tak mahu tergesa-gesa adakan PRN di Pahang, Perak, kata Zahid

Translate

Barisan Nasional (BN) tidak mahu tergesa-gesa mengadakan pilihan raya di negeri lain meskipun mencatat momentum positif pada beberapa PRN termasuk di Melaka, Sabtu lepas.

Bagaimanapun, Pengerusi BN Zahid Hamidi berkata, keputusan berhubung perkara itu diserahkan kepada pemimpin negeri masing-masing untuk menilai kesesuaian mengadakan pilihan raya.

“Kita baru saja selesai di Melaka. Jadi, kita tidak mahu tergesa-gesa untuk mengadakan pilihan raya di negeri-negeri lain.

“Saya serahkan kepada ketua menteri atau menteri besar di negeri masing-masing untuk melihat situasinya dan mempersembahkan serta memberikan nasihat kepada Tuanku serta Yang Dipertua Negeri jika perkara itu bersesuaian.

“Tetapi, biarlah kita selesaikan satu per satu dahulu,” katanya pada sidang media selepas menyempurnakan Perbarisan Tamat Latihan Wira Muda Negara Siri 4/2026 PLKN 3.0.

Zahid yang juga Presiden Umno berkata demikian ketika diminta mengulas cadangan bekas Ahli Majlis Kerja Tertinggi umno, Puad Zarkashi supaya PRN turut diadakan di Perak dan Pahang, dua negeri yang ditadbir menerusi kerjasama BN dan Pakatan Harapan (PH).

Puad dilaporkan berkata cadangan itu susulan kejayaan formula kerjasama BN–Perikatan Nasional (PN) yang menyaksikan kedua-dua gabungan berkenaan mencatat kemenangan besar pada PRN Melaka ke-16, Sabtu lepas.

Pada PRN itu, daripada keseluruhan 28 kerusi DUN yang dipertandingkan, BN memenangi 21 kerusi, manakala PH memperoleh empat kerusi dan PN tiga kerusi.

View the original on Free Malaysia Today →

KioskNews shows a cleaned-up reading view extracted from the publisher’s page — the original always lives on their site, not ours.