Drama Negeri Sembilan: Kemelut jadi lebih kalut


Dari kemelut tidak ada exco dan tak boleh buka persidangan Adun, membawa pula kepada kekalutan nama calon menteri besar baharu dikemuka kepada Yang Dipertuan Besar ketika menteri besar masih bertugas.
Kita semua tahu titah beginda kelmarin — selepas meeting dengan Ismail Lasim — adalah ‘you continue on as Menteri Besar’ atau mahfumnya lah. Jadi, apa halnya Umno kemuka another calon to the same royal person untuk diangkat menjadi menteri besar? Adakah ini akan berakhir dengan Negeri Sembilan ada dua menteri besar nanti?
Kalau kita dengar penjelasan pengulas politik popular, Iswardy Morni, akan ada suatu naratif tentang the story behind the drama yang semacam menyokong hujah-hujah beliau. Saya tak mahu ulang di sini, tuan-tuan boleh pergi ke saluran YouTube beliau.
Jadi, apa akan jadi di Negeri Sembilan?
Ismail dan presiden Umno mengatakan mahu menyelesaikan kemelut yang entah siapa mulakan ini supaya rakyat boleh dijaga tanpa banyak drama. Saya amat bersetuju atas niat yang nampak ikhlas kedua-dua tokoh politik Melayu ini. Sefaham saya, Ismail memulakan langkah untuk mengakhiri stalemate dengan menarik balik surat yang mahu menurunkan Tuanku Muhriz Tuanku Munawir dari takhta.
Ismail memohon untuk menghadap, dan diberitakan telah pun diberikan tarikh iaitu Jumaat ini jam 10 pagi. Exco yang sepuluh orang pula dah tarik balik tindakan mahkamah dan kena bayar kos mahkamah. Maka kita pun ready for a new chapter lah — the stage is set untuk menghadap Yang Dipertuan Besar yang cuba diturunkan tak lama dahulu. OK, kita sudi memaafkan.
Tiba-tiba timbul adegan yang skripnya tak habis ditulis. Umno membuat pengumuman bahawa Ismail sudah resign. Dalam naratif ini, a new slate will be made untuk reset hubungan antara ahli politik dan raja berpelembagaan dengan peletakan jawatan si menteri besar. Sedap juga bunyi skrip ini. Ismail dan 10 orang ahli exco dah buat macam-macam yang mengundang murka Yang Dipertuan Besar — yang kalau saya pun susah nak maafkan. Jadi baguslah Umno mahu buang yang keruh dan ambil yang jernih.
Tetapi skrip adegan baharu ini belum lengkap. Istana kata surat yang dihantar oleh seorang individu itu datang selepas pengumuman Umno. Menurut Istana, si empunya subjek dalam surat itu tak datang pun maka perkenan tidak dapat diberikan. Tentulah terkejut apabila Istana mahu semak ketulenan surat yang dikirim.
Pada ketika itu, Ismail pun tak tahu skrip apa perlu dibaca. Anaknya bersuara dan berkata dia tak meyakini surat perletakkan jawatan itu. Dengar khabar Zahid semacam menegur anak Ismail dan berkata ini soal pentadbiran dan bukannya soal bapanya. Saya rasa teguran Zahid itu betul tetapi kita pun keliru tentang surat itu.
Ketika kita dijamukan dengan adegan-adegan bercelaru ini, tiba-tiba peristiwa lain mencelah. Tuanku Muhriz memanggil Ismail menghadap ahead of schedule dan pertemuan itu berlangsung selama satu jam setengah. Kita ingatkan Ismail yang masuk sebagai menteri besar akan keluar sebagai Adun biasa seperti yang diumumkan Umno, sebaliknya Ismail melangkah keluar masih sebagai menteri besar!
Baiklah, kita ingat dengan titah baginda itu semua adegan dalam drama ini akan settle.
Tetapi, Zahid berkeras bahawa satu nama sahaja dipanjangkan kepada Tuanku Muhriz untuk diperkenankan sebagai menteri besar baharu, walaupun Ismail masih menjalankan tugas seperti yang dititahkan baginda.
Sepanjang hidup saya, saya ingatkan pemenjaraan dan mata lebam Anwar Ibrahim adalah the greatest unforgettable saga tetapi I must admit drama ini pun hebat juga. Apa yang pada awalnya dilihat sebagai pertembungan antara Umno dan Istana kini menjadi pergelutan antara orang Umno.
Kalau semua sepuluh ahli exco dilantik maka sepatutnya kemelut di Negeri Sembilan akan berakhir. Lantas, kenapa agaknya Zahid adamant untuk menggantikan Ismail, yang kini sudah mendapat perkenan Istana?
Kalau pimpinan tertinggi Umno nak buat skrip lain pun biarlah untuk drama lain di suatu hari nanti, mungkin selepas setahun atau dua tahun. Beri ruang kepada rakyat Negeri Sembilan bernafas, selepas tercungap-cungap kita menonton opera Melayu yang bercabang-cabang jalan ceritanya.
Saya doakan selamat untuk semua ahli politik terlibat dan mengharapkan suatu happy ending — they all serve the rakyat with great service ever after.
Artikel ini adalah pandangan penulis dan tidak semestinya mewakili FMT.
Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.
KioskNews shows a cleaned-up reading view extracted from the publisher’s page — the original always lives on their site, not ours.