The Jerusalem PostTel Aviv teams suffer frustrating Euroleague losses as Hapoel falls late, Maccabi blows leadPunchOgunbote rues missed chances after Plateau draw한겨레이부진 아들, 성인 된 뒤 어머니 성으로 변경Daily MaverickAlice Huang in touch with Chinese spy agency during affair with Nvidia CEO, NYTZDF heuteEntdecken Sie das ZDF-Nachrichtenstudio경향신문이형일 “증시 변동성 이례적 확대…증안펀드 규모 검토”Daily Mail'Murdered' Ann Widdecombe's estate is for sale: Wine, silverware and portraits of ex-Tory MP among 1,500 items to be auctioned offLenta.ruВ Госдуме объяснили причину введения ГОСТа на блюда русской кухниNew Straits TimesAtletico ease to victory at Getafe to stay on Liga title trailESPN DeportesCeltics y Warriors se ponen al tú por tú en primera mitadSportstarAtalanta vs Inter Milan player ratings — Esposito scores treble but points shared in dramatic 4-4 drawBBC NewsBoy, 7, pulled alive from rubble hours after Russian strike on Ukraine, rescuers say
The Daily Newsstand · Free, Always
Monday, November 23, 2026

Agong pelihara keseimbangan Perlembagaan menerusi titah pengampunan Najib

Translate

Sejak dahulu lagi, pakar undang-undang perlembagaan mengakui satu hakikat, iaitu keputusan mahkamah dibuat oleh hakim yang juga manusia biasa, bukannya individu yang dianggap maksum atau tidak mungkin melakukan kesilapan.

Hakim juga manusia yang tidak terlepas daripada kesilapan. Mereka menjalankan tugas dalam sistem perundangan yang mempunyai batas tersendiri, termasuk proses perbicaraan yang bergantung pada hujah kedua-dua pihak serta bukti dikemukakan di mahkamah.

Atas sebab itulah, hampir semua negara Komanwel mengekalkan peruntukan dalam Perlembagaan yang memberi kuasa kepada ketua negara untuk memberikan pengampunan.

Di kebanyakan negara, kuasa itu boleh digunakan tanpa memerlukan alasan yang terlalu ketat. Tujuannya bukan untuk mengetepikan keadilan, sebaliknya mengimbangi pelaksanaan undang-undang dengan belas ihsan, selain membetulkan kemungkinan berlakunya ketidakadilan akibat kelemahan yang wujud dalam proses kehakiman.

Pada pandangan saya, titah Yang di-Pertuan Agong supaya Najib Razak membayar denda RM50 juta dan menjalani baki hukuman penjaranya sebagai banduan di bawah tahanan rumah antara keputusan paling bijaksana dan seimbang yang pernah saya saksikan sepanjang kerjaya dalam bidang kehakiman.

Titah itu selaras dengan Perlembagaan, membawa manfaat kepada negara, memelihara martabat institusi serta membantu memperkukuh keadilan sosial.

Ia juga membuktikan Raja-Raja Melayu tidak akan terheret dalam politik murahan atau terpengaruh dengan hujah yang bersifat menyerang, tekanan media sosial mahupun pihak tertentu dalam institusi yang cuba memperalat kuasa pengampunan demi kepentingan politik kepartian.

Pada hemat saya, perbicaraan kes SRC International dan 1MDB terhadap Najib, yang berlangsung tanpa kehadiran Jho Low serta individu utama lain yang didakwa terlibat, bersubahat atau membantu perlakuan tersebut tetapi tidak didakwa secara berasingan mahupun bersama Najib, berasaskan fakta yang belum cukup lengkap untuk membolehkan mahkamah membuat keputusan muktamad.

Ini kerana sebahagian besar asas kes pendakwaan bergantung pada tindakan individu yang didakwa menjadi perancang utama, tetapi tidak hadir di mahkamah.

Usaha membuktikan niat tidak jujur dan pengetahuan seseorang tertuduh berdasarkan keterangan tidak langsung atau maklumat yang disampaikan melalui pihak lain, sedangkan individu yang didakwa menjadi dalang utama masih bebas dan belum diperiksa di mahkamah, menjadikan kes itu tidak cukup lengkap dari sudut Perlembagaan untuk membolehkan keputusan muktamad dibuat berdasarkan tahap pembuktian melampaui keraguan munasabah.

Najib dilantik sebagai perdana menteri oleh Yang di-Pertuan Agong terdahulu berdasarkan Perkara 40 dan 43 Perlembagaan.

Memandangkan terdapat kekurangan bukti yang jelas dalam pertuduhan berkenaan, Mahkamah Persekutuan sepatutnya mengambil kira keseimbangan yang lebih luas dalam kerangka Perlembagaan ketika melaksanakan kuasa kehakimannya.

Berdasarkan prinsip yang mendasari sumpah jawatan kehakiman, Mahkamah Persekutuan mempunyai bidang kuasa yang sedia ada di bawah Perlembagaan untuk mengeluarkan perintah dan arahan atas inisiatif sendiri (suo motu) demi menegakkan keadilan, mempertahankan Perlembagaan serta mengelakkan sebarang kecelaruan dari sudut perlembagaan.

Pada pandangan saya, kuasa itu termasuk mengarahkan sesuatu perkara dipersembahkan kepada Raja-Raja Melayu untuk tindakan dan titah yang sewajarnya. Jika perlu, mahkamah juga boleh mengarahkan kerajaan memudahkan pelaksanaan titah berkenaan melalui pindaan Perlembagaan dan penggubalan undang-undang yang bersesuaian.

Pendekatan sedemikian lebih baik daripada membiarkan kerajaan dan agensinya mengheret mahkamah ke dalam usaha mencari-cari sesuatu yang hampir mustahil ditemui. Keadaan itu bukan sahaja berisiko menyebabkan bidang kuasa kehakiman diregangkan sehingga melangkaui batas ditetapkan Perlembagaan, malah boleh mencetuskan perpecahan dalam kalangan rakyat.

Kuasa pengampunan menjadi pengecualian yang diperuntukkan Perlembagaan terhadap prinsip bahawa keputusan mahkamah adalah muktamad.

Di negara-negara Komanwel, bukan sesuatu yang luar biasa apabila keputusan mahkamah dianggap mungkin dipengaruhi unsur berat sebelah, sama ada berkaitan tafsiran Perlembagaan, politik, tindakan pendakwaan, kaum, agama, konflik kepentingan atau pendekatan dalam mentafsir dan menerapkan undang-undang.

Dalam keadaan sedemikian, kuasa pengampunan menjadi jalan penyelesaian terakhir yang disediakan oleh Perlembagaan kepada seseorang yang telah disabitkan kesalahan.

Artikel ini adalah pandangan penulis dan tidak semestinya mewakili FMT.

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.

View the original on Free Malaysia Today →

KioskNews shows a cleaned-up reading view extracted from the publisher’s page — the original always lives on their site, not ours.