The Jerusalem PostTrump says toppling Iran's regime is 'probably doable,' but not his war goalPunchPete Edochie: Life, career and legacy of a Nollywood legendInquirerBuCor to help inmates form co-ops for livelihood after release한겨레폭력조직과 결탁해 ‘최대 300% 수익’ 미끼…다단계 사기 조직 검거ZDF heuteAktuelle Pressemitteilungen des ZDFThe Hollywood ReporterFubo Plans Now Include Free Disney+, Hulu, ESPN Unlimited and Fox OneImpress Watchドコモ、5GホームルータをWi-Fi 7対応に強化 受信アンテナは8本にSoompiKickFlip’s Keiju Injures Hand + To Adjust Participation In Upcoming ActivitiesCBS NewsKilmar Abrego Garcia leaving U.S. today for SpainSözcüBoşanma aşamasındaki eşini öldürdü, polise 11 saat direndiESPNWho's on the CFP bubble after the committee's fourth ranking?VanguardTears as victims of Bayelsa boat mishap get mass burial
The Daily Newsstand · Free, Always
Wednesday, November 25, 2026

Kelesuan pengundi, isu ekonomi, politik perkauman antara cabaran PH, kata Loke

Translate

Pakatan Harapan (PH) perlu menangani kelesuan pengundi, memastikan pertumbuhan ekonomi turut dinikmati rakyat biasa serta menangkis politik perkauman jika mahu meraih semula sokongan rakyat menjelang PRU akan datang, kata Setiausaha Agung DAP Loke Siew Fook.

Loke berkata semangat dalam kalangan penyokong PH sendiri semakin luntur sejak 2018, dengan kelesuan itu semakin ketara selepas PRN Sabah, Melaka dan Johor.

Beliau berkata PH tidak lagi boleh menganggap sokongan tradisinya sebagai sesuatu yang terjamin, sebaliknya perlu memberikan alasan kukuh kepada pengundi untuk keluar mengundi dan menyokong gabungan itu pada PRU akan datang.

“Pada 2018, semua orang begitu bersemangat. Pada 2022, saya fikir semangat itu masih ada untuk mendapatkan semula mandat berikutan Langkah Sheraton. Ramai yang sangat marah.

“Tetapi sekarang, sudah tentu selepas pilihan raya di Sabah, Melaka dan Johor, kelesuan itu memang wujud. Jadi, kita perlu menangani kelesuan,” katanya dalam temu bual menerusi podcast Ngopi Dengan Zafrul kendalian Tengku Zafrul Aziz.

Langkah Sheraton merujuk kepada gerakan politik pada Februari 2020 yang membawa kepada kejatuhan kerajaan PH.

Loke berkata PH perlu membuktikan bahawa gabungan itu masih merupakan pilihan lebih baik dengan menunaikan janji serta menunjukkan hasil yang nyata.

Beliau menggesa kerajaan mempercepat pelaksanaan dasar dan pembaharuannya sepanjang baki tempoh setahun sebelum PRU akan datang.

Beliau mengakui petunjuk ekonomi negara menunjukkan perkembangan memberangsangkan, dengan pertumbuhan kukuh Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK), perdagangan dan pelaburan, selain kadar pengangguran yang rendah.

Bagaimanapun, katanya, manfaat perkembangan itu masih belum cukup dirasai perusahaan kecil dan sederhana (PKS), yang kebanyakannya berdepan peningkatan kos, margin keuntungan yang semakin mengecil serta persaingan lebih sengit.

“Saya fikir satu perkara yang nyata ialah perniagaan kecil mungkin sedang bergelut akibat tekanan kos, margin keuntungan mereka mungkin semakin mengecil dan mereka berdepan persekitaran yang lebih kompetitif,” katanya.

Cabaran ketiga ialah pengaruh berterusan politik berasaskan kaum dan agama, yang menurut Loke, masih menjadi halangan besar kepada PH.

Beliau berkata DAP sejak berdekad-dekad lalu digambarkan sebagai anti-Melayu dan anti-Islam, sekali gus menyukarkan parti itu meyakinkan pengundi sebaliknya meskipun telah menyertai kerajaan. Katanya, sentimen politik sering lebih mempengaruhi pengundi berbanding penjelasan secara rasional.

Bagaimanapun, beliau berkata PH tidak seharusnya menyalahkan segala-galanya terhadap politik identiti.

“Kita perlu mengakui bahawa politik identiti merupakan isu yang sangat mencabar dalam politik Malaysia. Namun, pada masa sama, kita juga perlu melihat kelemahan kita sendiri dan menanganinya,” katanya.

Loke berkata PH perlu menjelaskan kepada rakyat Malaysia prinsip dan hala tujunya, selain meyakinkan mereka bahawa visi gabungan itu di bawah kepimpinan Perdana Menteri Anwar Ibrahim menawarkan hala tuju yang lebih baik untuk negara.

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.

View the original on Free Malaysia Today →

KioskNews shows a cleaned-up reading view extracted from the publisher’s page — the original always lives on their site, not ours.