וואלהסעודיה: הופעלה התרעה מוקדמת בשארוורהESPN DeportesPuebla castigó al Necaxa en el añadido y se llevó la victoriaESPNSources: Bears, Swift agree to $33.75M extensionThe Jerusalem PostNYC Mayor Mamdani shares Rosh Hashanah message with Jewish communityPunchNCAA fines RwandAir N15mColliderKeanu Reeves' Bonkers 79% RT Fantasy Finds Redemption on StreamingLa TerceraLady Gaga se convierte en madre por primera vez junto a su novio Michael PolanskyHet Laatste NieuwsIrak ontslaat commandant na droneaanval op Saoedi-Arabië - Volledige westkust van Jemen in handen van Houthi’sNew Straits TimesShelton powers past Tiafoe to book US Open title clash with ZverevLenta.ruТакер Карлсон назвал способ отказаться от доллараEl ComercioJuntos por el Perú, Obras y Ahora Nación solicitan nuevo pedido de facultades legislativasThe Sydney Morning Herald‘One tough kid’: Boy, 15, found after days clinging to capsized boat in frigid water off Alaska
The Daily Newsstand · Free, Always
Saturday, September 12, 2026

Ketua audit negara perlu kompetensi, profesionalisme tinggi

Translate

Individu yang mengetuai Jabatan Audit Negara (JAN) perlu mempunyai kompetensi, kepakaran dan kebebasan profesional yang tinggi bagi memastikan risiko kewangan dan kelemahan tadbir urus ditangani dengan sewajarnya, kata penganalisis.

Ahmad Zaharuddin Sani Ahmad Sabri dari Global Asia Consulting berkata episod audit Lembaga Tabung Haji (TH) menunjukkan pentingnya pertimbangan profesional di peringkat tertinggi apabila auditor berdepan isu yang boleh menjejaskan kedudukan kewangan sesebuah institusi awam.

“Persoalan paling besar bukan sekadar sama ada audit dibuat, tetapi sama ada auditor mempunyai kompetensi, kebebasan dan keberanian profesional untuk bertindak apabila menemui sesuatu yang tidak kena,” katanya kepada FMT.

Pandangan Zaharuddin menyentuh laporan suruhanjaya siasatan diraja (RCI) berhubung pengurusan dan operasi TH, yang dinyahklasifikasikan pada Jun. RCI mendapati penyata kewangan TH bagi 2017 tidak sepatutnya diberikan pendapat audit tanpa teguran.

Pasukan audit pada asalnya mencadangkan pendapat audit berteguran susulan isu dasar rosot nilai dan rosot nilai pelaburan berjumlah RM227.81 juta. Namun, pendapat audit tanpa teguran dengan penegasan perkara (EOM) akhirnya dikeluarkan.

RCI turut mendapati TH sepatutnya mencatat kerugian bersih kira-kira RM1.4 bilion pada 2017 jika piawaian pelaporan kewangan Malaysia (MFRS) diguna pakai sepenuhnya, berbanding keuntungan RM3.4 bilion yang dilaporkan.

Bekas ketua audit negara, Madinah Mohamad, yang memuktamadkan pendapat audit itu, mempertahankan keputusan berkenaan dengan berkata pendapat audit berteguran boleh menjejaskan keyakinan pendeposit dan membawa implikasi besar kepada TH.

Zaharuddin berkata persoalan yang perlu ditanya ialah sama ada kelemahan atau risiko yang dikenal pasti semasa audit telah dicabar dengan secukupnya dan dibawa kepada pihak yang mempunyai kuasa mengambil tindakan.

“Audit yang menemukan masalah tetapi tidak mampu mencetuskan tindakan bukanlah benteng. Ia hanya menjadi rekod selepas kerosakan berlaku.”

Beliau mencadangkan sistem audit dua lapis bagi syarikat berkaitan kerajaan (GLC), syarikat pelaburan berkaitan kerajaan (GLIC) strategik atau entiti berisiko tinggi.

Selain audit oleh JAN, katanya, entiti terbabit juga perlu diaudit firma profesional bebas.

“Bukan kerana kita tidak percaya JAN, tetapi kerana dua lapisan semakan dapat mengurangkan ‘blind spot’ dan memberi perspektif berbeza, termasuk dalam audit kewangan, pelaburan dan tadbir urus,” katanya.

Zaharuddin turut mencadangkan kerajaan memperkenalkan laporan tahunan pemilikan GLC yang dibentangkan di Parlimen. Laporan itu boleh memperincikan pegangan kerajaan, nilai dan prestasi syarikat, objektif pemilikan serta pulangan kepada kerajaan.

Katanya, pembentangan secara tahunan membolehkan Parlimen meneliti prestasi dan risiko secara berkala, sekali gus membantu mengesan masalah sebelum ia menjadi lebih besar.

Beliau berkata rakyat berhak mengetahui ke mana wang awam pergi, siapa membuat keputusan, siapa mendapat manfaat, berapa pulangannya dan apakah tanda awal sesuatu pelaburan atau projek mula bermasalah.

“Kita tidak boleh terus bergantung kepada keberanian individu. Keberanian itu mesti dibina ke dalam peraturan dan institusi,” katanya.

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.

View the original on Free Malaysia Today

KioskNews shows a cleaned-up reading view extracted from the publisher’s page — the original always lives on their site, not ours.