PunchTHROWBACK VIDEO: Whenever it’s time for me to go, just take me — Pete EdochieThe Jerusalem PostFive killed as Turkish military helicopter crashes during training flightInquirerMagnitude 5.1 earthquake jolts Valderrama town in AntiqueInquirer EntertainmentBea Millan Windorski tops Miss Universe 2026 frontrunners listBollywood HungamaRakesh Roshan’s Filmkraft Productions leases Mumbai office space for Rs 7 lakhs monthly rentRTL BoulevardMilitairen en politie beëindigen gijzeling in supermarkt Colombia, één gijzelnemer gedoodZDF heuteAktuelle Pressemitteilungen des ZDFCNN TürkMOTORİNE DEV İNDİRİM GELİYOR! Motorin Ne Kadar? Son Dakika Akaryakıt Haberleri: 25 Kasım Benzin, Motorin, LPG Ne Kadar? Tabelalar Yeniden DeğişecekDaily MailSadist who ran global monkey torture ring freed weeks after being convicted under Labour's soft touch early release schemeSudinfoVooruit réclame le départ de Sammy Mahdi du conseil communal de Vilvorde : « Quand il est là, il écoute de la musique, il regarde la TV ou il lit un livre »SRF NewsEr spielte für Inter und VfB – Kuzmanovic: «Mit einem Unentschieden wäre ich glücklich»Complete SportsEUROMATCH NPFL: Plateau United vs Ikorodu City Rescheduled To November 28
The Daily Newsstand · Free, Always
Wednesday, November 25, 2026

Pengisytiharan anggapan kematian 54 rakyat Malaysia tertakluk perundangan Nepal

Translate

Urusan pengisytiharan anggapan kematian 54 rakyat Malaysia yang hilang dalam tragedi banjir di Nepal tertakluk sepenuhnya kepada prosedur perundangan dan mekanisme pentadbiran negara itu, kata Menteri Dalam Negeri Saifuddin Nasution Ismail.

Beliau berkata, Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) hanya boleh mengeluarkan sijil kematian rasmi di bawah Akta Pendaftaran Kelahiran dan Kematian 1957 (Akta 299) selepas pihak berkuasa di lokasi insiden mengeluarkan pengesahan terlebih dahulu.

Bagaimanapun, katanya kerajaan Nepal telah meluluskan satu perintah eksekutif dikenali Ordinan Pengisytiharan Kematian Mangsa Bencana hasil komunikasi Perdana Menteri Anwar Ibrahim dengan rakan sejawatnya di negara berkenaan.

“Dengan pindaan administratif ini, anggapan kematian sebelum Kerajaan Nepal keluarkan sijil mati, asalnya (mengambil masa) 12 tahun. Tetapi dengan pindaan itu, dipendekkan kepada 45 hari sahaja.

“Jadi, bila pengesahan itu datang daripada kerajaan Nepal ke atas 54 orang (rakyat Malaysia) ini, JPN akan menyusul untuk mengeluarkan sijil kematian bagi memudahkan urusan para waris melakukan proses berikutnya,” katanya pada sesi soal jawab di Dewan Rakyat.

Beliau menjawab soalan Muhammad Bakhtiar Wan Chik (PH-Balik Pulau) yang meminta penjelasan status terkini sijil anggapan kematian, selain bantuan kewangan segera kepada keluarga mangsa yang kehilangan pencari nafkah utama dalam kejadian banjir tersebut.

Bagaimanapun, Saifuddin berkata kelancaran proses itu bergantung kepada kerjasama waris dalam melengkapkan dokumentasi diperlukan mengikut prosedur negara berkenaan.

“Kerjasama daripada keluarga mangsa itu adalah prasyarat yang penting. Selesai urusan itu lagi cepat, cepatlah (pengisytiharan anggapan kematian) melibatkan 54 orang ini,” katanya.

Menjawab soalan tambahan Mumtaz Md Nawi (PN-Tumpat) sama ada kerajaan bersedia memperkenalkan mekanisme dokumentasi bencana laluan pantas (fast-track) seperti diamalkan Thailand, Saifuddin Nasution berkata prosedur sedia ada JPN sudah memadai.

Beliau berkata, bagi kematian biasa di luar negara, JPN hanya mengambil masa tujuh hari bekerja untuk mengeluarkan sijil kematian sebaik dokumen pengesahan diterima, selain turut mempermudahkan urusan menerusi borang alternatif sekiranya waris tidak memiliki kad pengenalan si mati.

“Pada pandangan saya, mekanisme sedia ada memadai bagi kategori kematian biasa di luar negara kerana waris hanya perlu mengemukakan dokumen pengenalan diri dan pengesahan kematian daripada negara berkenaan kepada JPN sebelum sijil kematian dikeluarkan dalam tempoh tujuh hari bekerja.

“Sebab itu saya sebut dalam kes ini, kita mengambil ketetapan, kita akan patuh terhadap ordinan yang berkuat kuasa di Nepal dalam melaksanakan ataupun mengesahkan satu-satu insiden kematian,” katanya.

Katanya, kerajaan akan sentiasa mengambil pengajaran daripada setiap musibah yang berlaku untuk memperkemas prosedur di samping mengeratkan lagi kerjasama dengan negara lain.

Pada 26 Ogos lepas, banjir kilat melanda daerah Rasuwa di Nepal serta kawasan sempadan Nepal-Tibet susulan runtuhan ais glasier dan batuan di kawasan tadahan hulu Lhende Khola di Tibet.

Tragedi itu meragut lebih 1,400 nyawa dengan kira-kira 5,700 individu termasuk lebih 600 warga asing masih dilaporkan hilang.

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.

View the original on Free Malaysia Today →

KioskNews shows a cleaned-up reading view extracted from the publisher’s page — the original always lives on their site, not ours.