InquirerMarcos on socmed ban for minors: No rushESPN DeportesBills se llevan el MNF en L.A. en tiempo extraESPNLanning says Oregon DT won't face discipline for play that hurt IamaleavaDaily MaverickCatholics in US Army must not participate in firing squad, prominent archbishop saysPunch17.9m Nigerians fall into poverty in three years – ReportZDF heuteAktuelle Pressemitteilungen des ZDFDeadlineEgo Nwodim Reacts To Shane Gillis’ Controversial ‘SNL’ Joke: “Whore Reporting For Duty”SportstarRanji Trophy LIVE score today: Bengal resumes at 304/3 vs Delhi, Lead stretches to 73Antara NewsLocal communities key to tackling forest fires: Thai researcherDaily MailHeartbroken Bryan Cranston shares emotional tribute to on-screen son RJ Mitte as Breaking Bad co-stars mourn actor after his sudden death at 34Lenta.ruНутрициолог перечислил псевдополезные перекусыn-tvGroße Wut nach Derby-Eklat: "Wer mit Sturmhaube im Stadion steht, will keinen Fußball sehen"
The Daily Newsstand · Free, Always
Tuesday, October 13, 2026

Zii Jia mohon injunksi terhadap bapa, kakak

Translate

Pemain perseorangan badminton negara, Lee Zii Jia, memohon injunksi interim bagi menghalang bapa dan kakaknya daripada membuat keputusan tertentu berkaitan kewangan serta pengurusan LZJ Management sementara pertikaian undang-undang masih berjalan.

Permohonan itu difailkan di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur pada 2 Julai lalu, lapor Berita Harian.

Zii Jia menamakan bapanya, Lee Chee Hin, dan kakaknya, Lee Zii Yii, serta adiknya, Lee Tao, dan LZJ Management sebagai responden dalam prosiding berkenaan.

Zii Jia, yang menduduki ranking ke-56 dunia, mahu Chee Hin dan Zii Yii, yang merupakan pengarah syarikat itu, dihalang daripada meluluskan fi pengarah, elaun, bonus atau manfaat kewangan lain untuk diri mereka sendiri.

Pemain badminton itu turut memohon supaya keputusan berkaitan pelantikan dan pemecatan pengarah, pelantikan setiausaha syarikat, pelupusan aset, penerbitan saham baharu serta perubahan struktur pemilikan saham dihalang.

Zii Jia mendakwa memiliki 90% kepentingan dalam LZJ Management, manakala Zii Yii memegang 9% dan Lee Tao 1%.

Beliau juga memohon perintah mahkamah supaya mesyuarat agung luar biasa (EGM) diadakan bagi membincangkan perkara berkaitan pengurusan dan tadbir urus syarikat.

View the original on Free Malaysia Today →

KioskNews shows a cleaned-up reading view extracted from the publisher’s page — the original always lives on their site, not ours.