The Jerusalem PostIsrael's strategic depth lies in its global Jewish Diaspora - opinionPunch‘Bamayi’ chant sparks violence as suspected thugs attack APC convoy in GombeInquirerAlmost P15M worth of marijuana bricks seized in Ifugao buy-bustDaily MaverickWHAT WE’RE WATCHING: VisionQuest — Marvel’s latest miniseries has big ideas, but not enough human feelingVariety‘Hanuman Ansh,’ ‘Pyre’ and Shah Rukh Khan Classics Lead International Film Festival of India’s Inflatable Cinema Lineup as NFDC, ESG Renew PictureTime PartnershipGIGAZINE濡れ場に合わせて映画館の座席が動く4DXならぬ4Dセックスが流行、「まるで3人で致したみたいだった」と鑑賞者は語るZDF heuteAktuelle Pressemitteilungen des ZDFNOSHoogste cyberadviseur Trump vertrekt na reeks technische storingenLenta.ruКиев обвинили в попытке сорвать переговоры в ШэньчжэнеScreen RantGTA 6: Should You Choose Saved Cash Or Say Nothing In "Buck Me"Antara NewsPrabowo, Putin hold one-on-one meeting on APEC sidelines in ShenzhenThe Sydney Morning HeraldHe stole our hearts in Severance. Now John Turturro is stealing our wallets
The Daily Newsstand · Free, Always
Friday, November 20, 2026

Selangor perlu siap siaga hadapi air pasang besar minggu depan

Translate

Selangor perlu bersiap siaga sepenuhnya bagi menghadapi fenomena air pasang besar diramalkan berlaku bermula Isnin hingga Jumaat depan, terutama jika bertembung taburan hujan lebat dijangka berterusan hingga esok.

Menteri Besar, Amirudin Shari, berkata persiapan rapi di kawasan berisiko perlu diteliti segera susulan Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) meramalkan hujan lebih kerap sebelum peralihan fasa air pasang mati kepada air pasang besar minggu depan.

“Keutamaan kita sekarang ialah mempercepat operasi mengepam air dari kawasan kediaman dan memantau keadaan sungai serta paras air laut. Hujan yang lebih kerap dijangka berlaku sehingga 21 Nov, manakala fenomena air pasang besar diramalkan pada 23 hingga 27 Nov.

“Saya mahu persiapan menghadapi kedua-dua keadaan ini diteliti segera agar keadaan tidak bertambah buruk,” katanya ketika ditemui selepas melawat pusat pemindahan sementara (PPS) Sekolah Kebangsaan (SK) Dato’ Maharaja Lela, malam tadi.

Beliau turut menyampaikan bantuan wang ihsan kepada 377 mangsa banjir dari kawasan DUN Ijok dan Jeram di PPS berkenaan yang dikenal pasti lokasi paling terjejas setakat semalam, khususnya kediaman sekitar Parit Mahang.

Mengulas lanjut situasi banjir di Parit Mahang yang berlarutan hampir dua minggu, Amirudin memaklumkan ban sungai di kawasan berkenaan didapati telah dipecahkan sebanyak dua kali oleh pihak tidak bertanggungjawab meskipun kerja penampalan awal telah dilakukan.

Beliau berkata, laporan polis telah dibuat berhubung insiden pencerobohan rizab sungai itu dan individu yang disyaki terlibat sudah ditahan bagi membantu siasatan, manakala kerja penampalan semula ban serta penambahan pam air sedang giat dijalankan bagi mempercepat proses air surut

Terdahulu, Amirudin menyantuni 157 mangsa daripada 42 keluarga di PPS SK Sungai Binjai, Meru yang dibuka buat kali pertama tahun ini, berbanding kekerapan minimum dua hingga empat kali setahun tahun sebelumnya.

Katanya, Sungai Binjai yang lazimnya melimpah setiap kali hujan lebat tidak lagi berlaku sedemikian kali ini selepas projek rancangan tebatan banjir (RTB) melibatkan kerja pelebaran sungai berkenaan oleh Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) dilaksanakan.

“Ini adalah contoh bagaimana projek RTB kita boleh mengurangkan kesan walaupun masih lagi berlaku di beberapa lokaliti dan kawasan yang mana ia adalah kesan daripada air pasang.

“Limpahan sebenarnya datang daripada kawasan lain dan bukan limpahan Sungai Binjai kerana RTB Sungai Binjai ternyata dapat mengurangkan sangat banyak kesan banjir berbanding tahun-tahun sebelum ini,” katanya.

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.

View the original on Free Malaysia Today →

KioskNews shows a cleaned-up reading view extracted from the publisher’s page — the original always lives on their site, not ours.