InquirerMagnitude 5.5 earthquake jolts Davao OccidentalCNN TürkYatırımcıya fırsat: Altın fiyatları frene bastı!PunchPHOTOS: FG receives 180 Nigerian returnees from LibyaESPNThe joy and pain that define baseball were in full force in Rays' incredible Game 4 winInquirer EntertainmentZara Lopez cuts ties with Viva Hot Babes; speaks out vs Katya Santos, partnerZDF heuteEntdecken Sie das ZDF-NachrichtenstudioEgypt IndependentUN panel: Russia is committing crimes against humanity by targeting civilians in UkraineWirtualna PolskaFotowoltaika z obierków. Naukowcy z Łodzi tworzą lekkie ogniwaCNN بالعربيةلبنان.. إليسا تعلن عن هدية لجمهورها في عيد ميلادهاThe Sydney Morning HeraldThe Star on brink of collapse after $260m fineVanguardNetanyahu bloc leads after half of Israeli votes counted but no majority3DNewsИ Steam Frame не нужен: спустя шесть лет после релиза Half-Life: Alyx получила поддержку фовеального рендеринга на ПК
The Daily Newsstand · Free, Always
Wednesday, October 28, 2026

Kerajaan cari jalan tuntut ganti rugi jerebu rentas sempadan

Translate

Kerajaan terbuka meneliti mekanisme undang-undang antarabangsa bagi membolehkan tuntutan pampasan dan ganti rugi akibat jerebu rentas sempadan dipertimbangkan.

Menteri Sumber Asli dan Kelestarian Alam, Arthur Joseph Kurup, berkata perjanjian Asean mengenai pencemaran jerebu rentas sempadan ketika ini tidak menyediakan mekanisme khusus untuk tuntutan pampasan antara negara.

“Bagaimanapun, kerajaan terbuka untuk meneliti kesesuaian mekanisme perundangan lain yang tertakluk kepada asas undang-undang di peringkat antarabangsa,” katanya ketika menggulung perbahasan Belanjawan 2027 bagi kementeriannya di Dewan Rakyat.

Beliau berkata, kajian menyeluruh mengenai kerugian ekonomi akibat jerebu, termasuk kesan terhadap kesihatan awam, produktiviti dan aktiviti ekonomi, penting sebagai asas untuk menentukan tindakan susulan.

Pada 15 Okt lalu, Ahli Parlimen Bagan, Lim Guan Eng, mencadangkan Malaysia bekerjasama dengan Singapura, Filipina dan Indonesia untuk menubuhkan petugas khas Asean secara tetap bagi menangani kebakaran hutan dan lahan.

Lim berkata, pasukan penyelamat yang bersiap siaga sepanjang tahun diperlukan supaya tindakan dapat diambil segera apabila kebakaran berlaku.

Beliau mendakwa, kawasan terjejas akibat kebakaran hutan dan lahan di Indonesia tahun ini mencecah 300,000 hektar, 70% lebih luas berbanding 2023.

Sementara itu, Arthur berkata cadangan bantuan kewangan kepada rakyat terjejas, khususnya pekerja gig, serta penubuhan tabung bencana jerebu memerlukan penelitian lanjut bersama kementerian dan agensi berkaitan.

Katanya, penelitian itu perlu mengambil kira bantuan sedia ada, keperluan rakyat terjejas dan implikasi kewangan kepada kerajaan.

Menurutnya, kerajaan akan terus memperkukuh kerjasama penguatkuasaan melalui saluran dua hala dan Asean, selain memastikan pihak yang terbukti menyebabkan pencemaran dikenakan tindakan mengikut undang-undang.

“Kerajaan terus meneliti mekanisme bersesuaian untuk memperkukuh prinsip kebertanggungjawaban pencemar dan melindungi kepentingan rakyat terjejas,” katanya.

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.

View the original on Free Malaysia Today →

KioskNews shows a cleaned-up reading view extracted from the publisher’s page — the original always lives on their site, not ours.