Remaja 14 tahun hilang selepas keluar bermain bola keranjang

Polis memohon bantuan orang ramai mengesan seorang remaja perempuan berusia 14 tahun, yang dilaporkan hilang selepas keluar dari rumahnya di Taman Melati, Ulu Beranang, Lenggeng pada 18 Nov lepas.
Ketua Polis Nilai, Johari Yahya, berkata pihaknya menerima laporan berhubung kehilangan Chen Youki pada 9.46 malam, 21 Nov.
Beliau berkata berdasarkan laporan yang diterima, pelajar tingkatan dua itu keluar dari rumah pada 18 Nov kira-kira 4 petang untuk bermain bola keranjang bersama rakan-rakannya.
“Ketika keluar, remaja itu memakai kemeja-T putih dan seluar pendek. Sehingga laporan polis dibuat remaja berkenaan masih belum pulang ke rumah manakala panggilan telefon daripada ahli keluarganya tidak dijawab,” katanya dalam kenyataan di sini, hari ini.
Beliau menyeru orang ramai yang melihat remaja berkenaan atau mempunyai maklumat mengenai keberadaannya diminta menghubungi Bilik Gerakan IPD Nilai di talian 06-7904222 atau mana-mana balai polis berhampiran.
KioskNews shows a cleaned-up reading view extracted from the publisher’s page — the original always lives on their site, not ours.