InquirerVeloso, family get P50,000 aid from gov’tESPN DeportesLa nueva generación del Team USA despierta la ilusión de PochettinoESPN2026 WNBA playoffs: Takeaways from every Game 1 on SundayThe Jerusalem PostRubio says foreign actor involved in RAF Fairford bomb plot, Trump criticizes release of suspectsDaily MaverickMaxhosa Africa brings pan-Africanism to Paris Fashion WeekPunchHospital seeks to stop inquest into Chimamanda son’s deathBollywood HungamaAnupam Kher honoured in Toronto with Certificate of Recognition: “What a wonderful feeling”SözcüSon dakika... Yahşihan Belediyesi soruşturması: Eski AKP ve MHP'li başkanlar dahil 15 kişi tutuklandıХабрКак продвигать в нейросетях интернет-магазин, если тот же товар на маркетплейсе дешевлеSportstarAsian Games 2026 Day 11 Live Updates: Indian women win trap shooting team silver; Neeru, Shapath through to finals; Anahat and Co. qualify for squash team quarterfinalsWirtualna Polska"Wiemy o nich wszystko". Trump o podejrzanych ws. ataku na bazę RAFNOS Sport'Elk nadeel heb zijn voordeel': door alle blessures groeit Oranje in de breedte
The Daily Newsstand · Free, Always
Tuesday, September 29, 2026

Malaysia mula hantar pulang pelarian Myanmar

Translate

Malaysia mula menghantar pulang kira-kira 1,500 pelarian Myanmar hari ini, dalam fasa pertama program penghantaran pulang yang mencetuskan kebimbangan kumpulan hak asasi manusia.

Mereka adalah kumpulan pertama daripada 5,000 warga Myanmar yang menurut kerajaan Malaysia bersetuju untuk pulang secara “sukarela” dari pusat tahanan.

Wartawan AFP melihat puluhan bas tiba dengan diiringi polis di Stadium Majlis Perbandaran Manjung, berhampiran Pangkalan Tentera Laut Lumut.

Bagaimanapun, wartawan tidak dibenarkan memasuki kawasan berkenaan.

Warga Myanmar itu dijangka melalui proses dokumentasi sebelum dibawa ke pangkalan tentera laut berhampiran dan seterusnya dihantar ke Myanmar menggunakan kapal.

Setakat ini, tidak dapat dipastikan berapa ramai daripada kumpulan itu merupakan etnik Rohingya dan pihak berkuasa Malaysia tidak mendedahkan jumlahnya.

Menurut Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB), etnik minoriti Islam yang berdepan penganiayaan itu membentuk dua pertiga daripada kira-kira 190,000 pelarian dan pencari suaka Myanmar di Malaysia.

Pada Julai lalu, Perdana Menteri Anwar Ibrahim mengumumkan Myanmar bersetuju menerima semula 5,000 pelarian dalam satu usaha penghantaran pulang yang jarang dilakukan, sekali gus mencetuskan kebimbangan kumpulan hak asasi manusia.

Rancangan itu diumumkan selepas pihak berkuasa menahan lebih 100 pelarian yang berhimpun di luar pejabat agensi pelarian PBB di Kuala Lumpur.

Mereka datang untuk mendapatkan bantuan selepas diancam pengusiran dari sebuah penempatan tidak rasmi di Pulau Pinang. Mereka kemudian dibebaskan selepas pegawai mengesahkan masing-masing memiliki dokumen PBB yang sah.

Awal bulan ini, Myanmar memberi jaminan rakyatnya yang berada di luar negara akan dibawa pulang secara “selamat dan bermaruah”, susulan kritikan PBB serta kumpulan hak asasi manusia.

Anwar turut berkata beliau akan menjemput pemimpin rampasan kuasa Myanmar yang kini memegang jawatan presiden, Min Aung Hlaing, untuk melakukan lawatan rasmi bagi membantu mempercepat proses penghantaran pulang itu.

Malaysia yang menempatkan antara populasi pelarian terbesar di Asia Tenggara bukan negara pihak kepada Konvensyen Pelarian 1951 dan tidak mengiktiraf status pelarian secara rasmi.

AFP sebelum ini mendapati pelarian Myanmar di Malaysia menjadi sasaran kempen maklumat palsu dalam talian yang menurut aktivis hak asasi manusia menyemarakkan sentimen xenofobia dan intimidasi terhadap komuniti itu.

Ramai etnik Rohingya melarikan diri dari Myanmar susulan tindakan keras tentera pada 2017.

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.

View the original on Free Malaysia Today →

KioskNews shows a cleaned-up reading view extracted from the publisher’s page — the original always lives on their site, not ours.