ESPNTeam to beat? Sleeper pick? Insiders predict playoff favorites, toughest contendersESPN DeportesToluca logra plasmar su dominio en el marcadorThe Jerusalem PostFeds say Cisco likely failed to protect pro-Palestinian workers from harassmentDaily MaverickRubio announces US visa curbs for some foreign nationals from South Africa한겨레내일 NSC 앞두고…제주서도 “침략전쟁 파병 반대”SoompiKim Ji Hun To Make Special Appearance In “Flex X Cop 2”UOLSão Paulo busca empate com Boca no fim, mas dá adeus à Copa Sul-Americana中国新闻网山东中医药借“一带一路”破浪“出海”New Straits TimesKeretapi Sarong: 2,000 turn Ipoh station into a colourful Malaysia Day celebrationוואלהדיווח סעודי: כטב"מ ששוגר ע"י החות'ים יורט סמוך למרחב האווירי במכהVanguardEducation as common Northern responsibility: From 19 separate efforts to 1 Northern compact (2), by Usman SarkiColliderThe 6 Best Fantasy Books Released Since 2020, Ranked
The Daily Newsstand · Free, Always
Wednesday, September 16, 2026

Dari ‘Small Boy’ ke pengibar bendera Malaysia, anak abadikan kisah Jusit

Translate

Daripada seorang kanak-kanak dikenali sebagai ‘Small Boy’ dalam karya Agnes Newton Keith kepada anggota polis yang menaikkan bendera Malaysia pada hari pembentukan negara, perjalanan hidup mendiang Jusit Rantai kini mahu diabadikan anaknya dalam sebuah memoir.

Juliana, anak ketiga daripada 17 beradik mengusahakan buku itu berdasarkan tulisan tangan dan catatan bapanya, selain memandu ribuan kilometer dari kampung mereka di Sook, Keningau ke Sarawak untuk menjejak kisah Jusit.

Juliana Jusit

Juliana Jusit.

Menurut Juliana, Jusit mula menulis pengalaman hidupnya selepas digalakkan merakam kisahnya, termasuk ketika tinggal bersama keluarga Harry Keith dan isterinya, Agnes, di Sandakan pada sekitar 1930-an.

Beliau berkata, bapanya menulis sendiri kisah kehidupannya sebelum menyerahkan manuskrip tulisan tangan itu kepadanya. Juliana kemudian menyalin, menaip dan menyusun semula catatan itu sebelum membacanya bersama Jusit.

“Tulisan tangan klasiknya sangat indah untuk dibaca. Walaupun sudah berusia, tulisannya masih sama.

“Bapa berpuas hati selepas membaca semula manuskrip itu dan tidak banyak melakukan perubahan,” katanya kepada FMT sambil mendedahkan sudah ada perbincangan dengan sebuah universiti awam untuk menerbitkannya.

Bukan hanya kisah 16 Sept

Juliana berkata, bapanya mahu buku itu dikongsi kerana mengandungi nilai sejarah penting di peringkat negeri, negara dan antarabangsa, merujuk pembentukan Malaysia atau pengalaman bekas sarjan itu bersama keluarga Keith.

Selain itu, secara peribadi beliau mahu anak-anaknya memahami asal-usul keluarga mereka. Antara ditulis ialah kisah datuknya, Ensing, seorang koperal polis Iban dari Simanggang pada zaman pemerintahan Brooke, selain ayahnya, Rantai, yang banyak berkorban membesarkannya.

Jusit turut mencatat kisah berkaitan pemberontakan Rundum yang diceritakan kepadanya oleh Rantai, termasuk penglibatan anggota keluarga mereka dalam peristiwa berkenaan.

Bahagian itu, kata Juliana, antara paling sukar untuk disiapkan kerana melibatkan sejarah keluarga dan memerlukan persetujuan waris lain sebelum dimasukkan dalam buku.

“Memoir bapa bukan semata-mata mengenai pengalamannya bersama keluarga Keith dan menaikkan bendera Malaysia.

“Bapa mahu anak-anaknya mengetahui asal-usul kami dan warisan Iban kami,” katanya yang berbangsa Murut.

‘Small Boy’ di rumah Agnes Keith

Antara episod membentuk kehidupan Jusit ialah tempoh beliau tinggal bersama keluarga Keith di Sandakan antara 1937 dan 1939.

Agnes kemudian menulis mengenai seorang kanak-kanak dalam bukunya Land Below The Wind, pengalaman yang menjadi sebahagian daripada perjalanan hidup Jusit.

Beberapa dekad kemudian, ingatan Jusit mengenai rumah keluarga Keith turut membantu usaha pemulihan Rumah Agnes Keith di Sandakan yang menjadi antara tarikan pelancongan.

“Beliau membantu usaha kerajaan itu, pada masa sama mengenang semula zaman kanak-kanaknya,” kata Juliana yang berusia 70 tahun.

Lakaran Jusit yang dipanggil ‘Small Boy’ dalam buku ‘Land Below The Wind’ tulisan Agnes Keith. (Gambar keluarga Jusit Rantai)

Detik bersejarah 1963

Namun, peranan Jusit yang paling dikenang dalam sejarah negara berlaku pada 16 Sept 1963.

Pada pagi pembentukan Malaysia di Padang Bandaran, Jesselton (kini dikenali Kota Kinabalu), beliau diberi amanah menaikkan bendera negara baharu ketika Sabah bersama Sarawak dan Persekutuan Tanah Melayu membentuk Malaysia.

Jusit yang ketika itu berusia 33 tahun adalah antara lebih 100 anggota polis disenarai pendek untuk melaksanakan tugas berkenaan.

Ketika itu, Jusit bertugas di Ibu Pejabat Polis Sabah di Kapayan dan beliau dipilih kerana keberaniannya menyuarakan hasrat supaya British menyerahkan pemerintahan Borneo Utara, kini Sabah, kepada penduduk tempatan.

Upacara berkenaan disaksikan timbalan perdana menteri ketika itu, Abdul Razak Hussein; ketua menteri Sabah Donald Stephens; Yang di-Pertua Negeri Datu Mustapha Datu Harun; serta wakil pemerintah British.

Jusit ketika bertugas sebagai ketua balai polis Pensiangan pada 1970. (Gambar keluarga Jusit Rantai)

Detik itu berlaku ketika rantau ini berdepan Konfrontasi Indonesia, menyebabkan wujud kebimbangan terhadap keselamatan individu yang terlibat dalam upacara berkenaan.

“Kami bangga melihat bapa berdiri di tiang bendera tetapi pada masa sama bimbang sesuatu mungkin berlaku kepadanya,” katanya.

Kisah Jusit turut dijadikan dokumentari berjudul ‘Anugerah 17’ dihasilkan Lestari Kiara dengan dana Perbadanan Kemajuan Filem Nasional Malaysia (Finas).

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.

View the original on Free Malaysia Today

KioskNews shows a cleaned-up reading view extracted from the publisher’s page — the original always lives on their site, not ours.