The Jerusalem PostIsrael Fire and Rescue Authority seeks ban on electric scooters on trains amid saftey concernsDaily MaverickPUBLIC ACCOUNTABILITY OP-ED: Cape Town’s baboons — the rising cost of deciding without independent ethical reviewInquirerSara Duterte ‘prepared for worst’ as trial nears decisionSoompiITZY’s Chaeryeong Postpones Schedule After Falling IllLenta.ruРоссия отвергла обвинения в нарушении воздушного пространства ЕС и НАТОCollider10 Years Later, Netflix's Greatest Sci-Fi Masterpiece Has Officially Racked Up 1.4B Streaming HoursNU.nlProRail zet preventief roltrappen uit na incident bij station Bijlmer ArenASportstarIndia vs New Zealand, 2nd Test Day 2 LIVE score: Jurel, Washington fighting for all their worth; IND 111/5 (36), needs 46 runs to avoid follow-onABC News (Australia)What to expect with Victoria's election count tonightESPN DeportesLuka vs. Wemby, uno a uno: ¿Quién tiene mejor temporada?中国新闻网第十届“丝路杯”泰东北高校中国语言文化大赛在孔敬大学举行RapplerThe week in photos: November 21-27, 2026
The Daily Newsstand · Free, Always
Saturday, November 28, 2026

You are reading Free Malaysia Today on KioskNews: newspapers from many countries on one stand, each linked to its original. What other papers report

Anwar minta Loke sambung tugas menteri pengangkutan secepat mungkin

Translate

Perdana Menteri Anwar Ibrahim meminta Setiausaha Agung DAP Loke Siew Fook menyambung tugas sebagai menteri pengangkutan secepat mungkin.

Perkara itu dinyatakan Anwar ketika berucap dalam program Yakin Madani ‘Memaknai Harapan Rakyat’ di Kompleks Belia dan Sukan di Paroi, Seremban, hari ini.

Beliau berkata, kementerian itu memainkan peranan penting dalam menghubungkan rakyat melalui pelbagai prasarana pengangkutan.

Anwar berkata, beliau menghormati dan memahami alasan peletakan jawatan dikemukakan Loke, namun menegaskan tanggungjawab berkhidmat kepada rakyat dan negara perlu diutamakan.

“Prestasi beliau baik, membanggakan. Jadi sebab itulah saya, selaku perdana menteri, sukar menerima cadangan beliau untuk meletakkan jawatan.

“Menteri pengangkutan (Loke) masih bercuti. Tapi, saya arahkan mesti hadir majlis ini kerana Kementerian Pengangkutan menjadi tuan rumah bersama dengan Kerajaan Negeri Sembilan. Dia bercuti dan saya telah minta dia sambung kerja,” katanya menurut Bernama.

Hadir sama Loke, Ketua Setiausaha Negara Shamsul Azri Abu Bakar, Menteri Belia dan Sukan Dr Mohammed Taufiq Johari dan Speaker DUN) Negeri Sembilan Awaludin Said.

Anwar berkata, Kementerian Pengangkutan antara kementerian besar dan strategik kerana memainkan peranan penting dalam menghubungkan rakyat melalui prasarana pengangkutan udara, laut serta jalan raya.

Katanya, alasan dikemukakan Loke tidak seharusnya mengatasi tanggungjawab untuk berkhidmat kepada rakyat dan negara.

“Alasan apa pun tidak boleh mengatasi peranan kita untuk mengabdi kepada rakyat dan negara,” katanya.

Anwar sebelum ini cuba memujuk Loke menarik balik peletakan jawatannya pada 10 Nov lalu susulan keputusan Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur membenarkan bekas perdana menteri Najib Razak menjalani baki hukuman bawah tahanan rumah.

Perdana menteri berkata beliau belum menerima peletakan jawatan itu, malah meminta pemimpin DAP berkenaan bercuti buat sementara waktu.

Bagaimanapun, Loke setakat ini tetap bertegas dengan keputusannya untuk meletak jawatan.

View the original on Free Malaysia Today →

KioskNews shows a cleaned-up reading view extracted from the publisher’s page — the original always lives on their site, not ours.