Daily MaverickWildlife is not livestock — Aucamp’s dangerous plan to turn conservation into agriculturePunchSerbian police kill attacker outside Israeli embassyInquirerMimaropa drug bust in Palawan yields ₱51,884 worth of ‘shabu’The Jerusalem PostIDF kills three terrorists in Gaza, including Hamas Nukhba who kidnapped Alexander Dancyg on Oct. 7ESPNThe joy and pain that define baseball were in full force in Rays' incredible Game 4 winVilaWebMetges en vaga tallen la Diagonal de Barcelona en el primer dia d’aturada indefinidaThe South AfricanStar-studded line-up for Cape Town Festive Lights Switch-OnZDF heuteAktuelle Pressemitteilungen des ZDFObservador DesportoPSP detetou grupo com "possível ligação" à extrema-esquerdaHipertextual‘VisionQuest’ recupera por sorpresa a uno de los primeros villanos de Marvel: no le veíamos desde ‘Iron Man’Collider8 Most Amazing Sci-Fi Movies Ever Made, Ranked20 Minuten«Da hängt jemand dran» – Gleitschirmpilot fliegt in Baukran
The Daily Newsstand · Free, Always
Wednesday, October 28, 2026

Anggota maut kejar Pati, APMM buat siasatan dalaman

Translate

Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) akan menjalankan siasatan dalaman berhubung insiden perlanggaran bot yang mengorbankan seorang anggotanya di perairan Perlis, Isnin lalu.

Timbalan Ketua Pengarah (Operasi) Mohd Zawawi Abdullah, berkata siasatan itu bertujuan mengenal pasti sebarang kelemahan atau keperluan penambahbaikan SOP semasa menjalankan operasi.

“Berkaitan dengan setiap operasi yang dilaksanakan oleh APMM, memang kita mempunyai SOP yang tertentu dan anggota kita sentiasa diingatkan untuk mematuhinya.

“Sekiranya berlaku sebarang kejadian, satu ‘post-mortem’ atau pun siasatan dalaman akan dilaksanakan untuk kita mengenal pasti kelemahan yang kita boleh lakukan penambahbaikan,” katanya menurut Bernama.

Beliau berkata demikian malam tadi selepas pengebumian anggota risik APMM Mohd Roshaimi Mohd Ridzuan, 41, di Tanah Perkuburan Islam Masjid Tengku Sarafudin Badlishah, Kuala Nerang.

Zawawi berkata, selain SOP semasa operasi, siasatan dalaman itu juga bertujuan mengenal pasti penambahbaikan lain termasuk latihan dan kelengkapan diperlukan anggota agensi semasa operasi.

“Biasanya (siasatan dalaman) akan dilaksanakan secepat mungkin dan mungkin ia akan mengambil masa beberapa minggu untuk diselesaikan.

“Kita nak kenal pasti kemungkinan ada beberapa perkara SOP yang perlu dilakukan penambahbaikan untuk kebaikan warga APMM pada masa akan datang bagi mengelakkan kejadian sama berulang.”

Beliau berkata, kejadian berkenaan tidak akan mematahkan semangat warga APMM, sebaliknya menenjadi dorongan kepada anggota, khususnya yang bertugas di lapangan untuk terus melaksanakan tanggungjawab menjaga keselamatan perairan negara.

Dalam pada itu, Mohd Zawawi berkata pihaknya akan memastikan kebajikan balu dan dua anak Allahyarham Roshaimi yang masih bersekolah sentiasa terjaga dengan menyediakan bantuan sewajarnya berdasarkan prosedur sedia ada.

Dalam kejadian pada kira-kira 11 malam itu, Mohd Roshaimi maut manakala tiga lagi anggota cedera selepas bot yang dinaiki mereka dipercayai melanggar binaan konkrit di perairan Kuala Sungai Padang berhampiran Kuala Perlis.

Ketika kejadian, mereka sedang mengejar sebuah bot yang disyaki membawa pendatang asing tanpa izin (Pati).

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.

View the original on Free Malaysia Today →

KioskNews shows a cleaned-up reading view extracted from the publisher’s page — the original always lives on their site, not ours.