The Jerusalem Post'You like me and I like you': Trump thanks flydubai passenger Yaniv Hayoun for helping save flightESPNOhtani to play at less than 100% in playoffs, will need to 'manage' injuriesCNN TürkDursun Özbek'ten dikkat çeken açıklama: Ligler başlayacak, ortada MHK diye bir şey yokDaily MaverickPOLITICALLY AWEH: What happened in SA — Afrikaner ‘refugees’ return, tearjerker onion prices and moreInquirerBohol wildlife survey records 55 speciesPunchPatience Ozokwor mourns Olu Jacobs after missing funeralZDF heuteEntdecken Sie das ZDF-NachrichtenstudioBBC NewsHomemade bombs part of alleged plot on Manchester's Jewish community, court toldSportstarIndia vs Malaysia LIVE score, Asian Games 2026 men's hockey final: IND 2-1 MAS; Jugraj gives India the lead in second quarterDaily MailLeft-wing Parisian mayor joins in the riots convulsing France - as firefighter is set alight and protesters threaten to burn down the Elysee PalacekickerDonald, Jefferson, Gonzalez: Die prominentesten Ausfälle in Week 4La TerceraCarabineros detiene a tres sujetos tras vincularlos con tour delictual en tres comunas de Santiago
The Daily Newsstand · Free, Always
Saturday, October 3, 2026

PH umum calon PRN Melaka satu atau dua minggu lagi

Translate

Pakatan Harapan (PH) dijangka mengumumkan calon yang bertanding pada PRN Melaka dalam tempoh seminggu atau dua minggu lagi.

Pengarah Pilihan Raya PH, Amirudin Shari, berkata persiapan jentera gabungan itu berjalan dengan baik sejak kira-kira dua bulan lepas

“Jentera kita sudah bergerak dan bersedia… cuma penyelarasan, jajaran dan kesefahaman itu sahaja belum lagi… insya-Allah, dalam masa terdekat iaitu seminggu atau dua minggu lagi kita umum calon-calon yang akan bertanding,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita pada Majlis Pelancaran Inisiatif Tuaian Anak Harapan Tawas di Pusat Konvensyen KSL.

Pada 27 Sept lepas, PH Melaka mengesahkan pembahagian kerusi antara parti komponen di peringkat negeri bagi menghadapi PRN telah selesai.

Pengerusi PH Melaka, Adly Zahari, dilaporkan berkata susunan terakhir bagaimanapun akan dimuktamadkan selepas perbincangan antara Majlis Presiden PH, PH negeri dan Amirudin.

Sementara itu, ditanya mengenai kerjasama PH dengan Bersatu bagi menghadapi PRN, Amirudin berkata gabungan tersebut masih terbuka untuk mengadakan perbincangan sekiranya terdapat ruang ke arah kerjasama berkenaan.

“Kalau ada ruang, kita berbincang… jika tidak, kita bersedia untuk bertanding mengikut kapasiti dan kesefahaman yang ada,” katanya.

View the original on Free Malaysia Today →

KioskNews shows a cleaned-up reading view extracted from the publisher’s page — the original always lives on their site, not ours.