The Jerusalem Post‘We Support Hamas’ sign seen in Amsterdam as 200,000 protest against Dutch Israel policyPunchJUST IN: Shettima arrives Ebonyi for APC presidential campaign rallySky TG24Guerra Iran, Trump: “Probabile incontro con Putin e Xi prossima settimana". LIVEDaily MaverickKrakow mass shooting assailant dies in hospital, Polish police sayInquirerPolice probing into 2 shooting incidents in Bukidnon capitalInquirer EntertainmentMarian Rivera, Dingdong Dantes proud as kids Zia, Sixto showcase musical talentsZDF heuteEntdecken Sie das ZDF-NachrichtenstudioWirtualna PolskaUpadek muru berlińskiego. Błąd Güntera Schabowskiego otworzył graniceCBS NewsTrump says he sees no reason to escalate war with IranRapplerSenators urge Marcos to declare state of calamity in Super El Niño-hit areasVanguardFCT police arrest eight suspected vandals, recover streetlight polesStraits Times SportSpringboks make front-row change for French test
The Daily Newsstand · Free, Always
Monday, November 9, 2026

PM umum bantuan tambahan RM2,500 kepada mangsa banjir Selangor

Translate

Perdana Menteri Anwar Ibrahim mengumumkan bantuan tunai tambahan khas RM2,500 kepada setiap mangsa banjir yang layak di Selangor.

Bantuan itu dijangka mula disalurkan mulai esok, menurut kenyataan Pejabat Perdana Menteri (PMO).

“Bantuan ini bertujuan meringankan beban mangsa bagi menggantikan barangan keperluan rumah yang rosak atau musnah akibat banjir,” katanya.

Bagaimanapun, menurut PMO, kaedah pelaksanaan dan syarat kelayakan bantuan itu akan diumumkan oleh agensi pelaksana.

Hari ini, jumlah mangsa banjir di Selangor meningkat lebih dua kali ganda kepada 583 orang daripada 163 keluarga setakat 3.40 petang, berbanding 215 orang membabitkan 55 keluarga pagi tadi.

Menurut portal InfoBencana Jabatan Kebajikan Masyarakat, kesemua mangsa ditempatkan di empat PPS dalam daerah Kuala Selangor, iaitu SK Dato’ Maharaja Lela (326 orang daripada 97 keluarga); SK Parit Mahang (154 mangsa, 36 keluarga); Sekolah Agama Batu 8 Ijok (77 mangsa, 21 keluarga); dan SK Jaya Setia (26 mangsa, sembilan keluarga).

Mangsa terdiri daripada 163 lelaki dewasa, 184 perempuan dewasa, 127 kanak-kanak lelaki, 97 kanak-kanak perempuan, tujuh bayi lelaki dan lima bayi perempuan, selain 56 warga emas serta 11 orang kurang upaya (OKU).

Dalam perkembangan sama, Anwar turut mengarahkan supaya pelaksanaan projek tebatan banjir dipercepatkan bagi menangani kejadian banjir berulang.

View the original on Free Malaysia Today →

KioskNews shows a cleaned-up reading view extracted from the publisher’s page — the original always lives on their site, not ours.