ESPN DeportesChivas saca un triunfo agónico en Monterrey y se consolida como sublíderPunchTope Alabi threatens legal action over Toluwanisings’ death claimsRai NewsMotoGP, Marquez vince la Sprint e vede il titolo: gara rinviata per pioggia, si riparte verso le 6ESPNFollow live: Pratt's RBI single gives Brewers late lead in Game 2InquirerOlongapo heat index reaches 44.8°C, remains at danger levelUOLTerremoto de magnitude 6,16 atinge ilhas de Vanuatu no Oceano PacíficoZDF heuteAktuelle Pressemitteilungen des ZDFNew Straits TimesMetMalaysia issues continuous rain warning for four states until tomorrowCollider10 Best Horror Video Games of All Time, RankedMintSiang Dam: What is behind protest in Arunachal Pradesh against the 11,200 MW hydroelectric project? All you need to knowSouth China Morning PostSingapore tells suppliers to ‘honour commitments’ amid Indonesia’s gas cutEl Comercio¡A un punto del liderato! Universitario goleó 3-0 a Juan Pablo II en el Estadio Monumental | RESUMEN Y GOLES
The Daily Newsstand · Free, Always
Sunday, October 25, 2026

MCA keluar majlis umum calon BN, bantah agihan kerusi

Translate

Pemimpin MCA bertindak meninggalkan majlis pengumuman calon Barisan Nasional (BN) untuk PRN Melaka kerana tidak berpuas hati dengan beberapa keputusan berkait pengagihan kerusi.

Presiden MCA, Wee Ka Siong, berkata kerusi yang pernah ditandingi parti itu telah diberikan kepada parti lain tanpa sebarang rundingan, meskipun MCA merupakan parti komponen BN sejak sekian lama.

“MCA tidak boleh diperlakukan sesuka hati. Kami berhak dilayan dengan penuh hormat. Bagaimana keputusan boleh dibuat bagi pihak MCA tanpa persetujuan kami sedangkan presiden MCA masih di sini?” katanya yang dipetik sebagai berkata oleh The Star.

Wee meninggalkan majlis di Pusat Dagangan Antarabangsa Melaka bersama Timbalan Presiden MCA, Mah Hang Soon, dan pemimpin daripada enam bahagian MCA di Melaka.

Beliau berkata setiausaha eksekutif BN telah memaklumkan MCA kira-kira 9 malam semalam bahawa majlis itu hanya melibatkan pelancaran jentera pilihan raya, tanpa sebarang pengumuman calon.

Bagaimanapun, selepas tiba di lokasi, beliau diberitahu bahawa calon mungkin diumumkan.

Wee mempersoalkan kepimpinan BN berhubung perubahan itu, sambil berkata MCA mengetahui dalam satu mesyuarat dua hari lalu bahawa kerusi yang pernah ditandinginya akan diberikan kepada parti lain tanpa rundingan sewajarnya.

Beliau berkata MCA membantah keras cadangan pembahagian kerusi itu dan telah menghantar surat kepada BN semalam untuk menyatakan secara rasmi tidak bersetuju.

Wee menyifatkan keadaan itu sebagai sesuatu yang belum pernah berlaku sepanjang penglibatannya dalam politik, sambil berkata MCA hanya pernah bertemu parti komponen BN yang lain sekali di Melaka sebelum rundingan dimuktamadkan.

“Sekurang-kurangnya, kami patut diberikan sedikit penghormatan. Kami sekutu, bukannya musuh.

“Sekiranya perbincangan sewajarnya diadakan dan kami mencapai keputusan bersama, kami bersedia berkongsi tanggungjawab,” katanya.

Wee berkata tindakan meninggalkan majlis itu bertujuan menjelaskan bahawa MCA tidak akan menerima keputusan yang dibuat tanpa rundingan.

“Masih ada masa sebelum hari penamaan calon. Saya berharap perkara ini dapat diperbetulkan,” katanya.

Ketika ditanya sama ada MCA akan menarik diri daripada bertanding di Melaka, Wee berkata parti itu masih belum membuat keputusan dan akan menilai perkembangan dalam beberapa hari akan datang.

MCA menyandang kerusi Klebang dan Machap Jaya di DUN Melaka selepas bertanding di tujuh kerusi pada PRN 2021, termasuk Ayer Keroh, Kesidang, Kota Laksamana, Bandar Hilir dan Bemban.

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.

View the original on Free Malaysia Today →

KioskNews shows a cleaned-up reading view extracted from the publisher’s page — the original always lives on their site, not ours.