PunchEPL: Glasner raises doubts over Nottingham Forest futureESPNClemson's Swinney irked by 'shameful' plane banner urging FSU to fire NorvellESPN DeportesCarrick minimiza riesgo de entrar en zona de descensoSky TG24Sciopero, Cgia: "Costo per il Paese vicino a 1 miliardo di euro"한겨레쿼드 “자의적 수출 규제·과잉생산”…중국 ‘공급망 교란’ 공동대응 나서InquirerIlocos Sur town promotes zero-waste practices in cemeteriesInquirer EntertainmentA tribute to Hollywood’s departed legends this All Saints’ DayZDF heuteEntdecken Sie das ZDF-NachrichtenstudioCNN TürkHatay'da ciple çarpışan motosikletli yaralandıThe South AfricanKaizer Chiefs star Mfundo Vilakazi admits he has changedSözcüTürklerin çalışmak için koşarak gittiği ülkede şaka yapmak yasaklandıCumhuriyetTV yayın akışı 1 Kasım Pazartesi! Bugün hangi kanalda ne var?
The Daily Newsstand · Free, Always
Sunday, November 1, 2026

DAP berdepan PRU16 mencabar jika kerjasama BN-PN diperluas, kata Loke

Translate

Setiausaha Agung DAP Loke Siew Fook mengingatkan partinya supaya bersedia menghadapi PRU16 yang mencabar susulan kemungkinan kerjasama Barisan Nasional (BN) dan Perikatan Nasional (PN) diperluas ke peringkat nasional.

Berucap pada Konvensyen DAP Wilayah Persekutuan, Loke berkata kerjasama BN-PN membawa cabaran baharu dalam landskap politik, dengan kedua-dua gabungan dilihat mahu memperluaskan kerjasama itu ke seluruh negara.

“DAP mesti cukup berani untuk menghadapi apa sahaja cabaran yang mendatang dan terus melakukan perkara yang betul, walaupun ia tidak semestinya memberikan keuntungan politik.

“Konvensyen hari ini mungkin yang terakhir sebelum kita menghadapi PRU16. Dalam tempoh 12 bulan akan datang, banyak kerja dan cabaran perlu kita hadapi, dan DAP Wilayah Persekutuan mesti membantu mempertahankan kerusi kita di Kuala Lumpur,” katanya kepada perwakilan.

Loke berkata kepimpinan parti telah melakukan bedah siasat susulan PRN Sabah pada November tahun lalu, yang menyaksikan DAP kehilangan semua kerusinya di DUN negeri itu.

Katanya, beberapa langkah telah dilaksanakan untuk mengukuhkan kembali sokongan terhadap DAP, namun parti itu perlu bersedia menghadapi cabaran lebih besar pada PRU16 dan tidak boleh berundur.

BN dan PN sebelum ini membentuk kerjasama rasmi pada PRN Negeri Sembilan 1 Ogos lalu dan memenangi majoriti dua pertiga, ketika Pakatan Harapan (PH) mengalami kekalahan besar.

Loke sendiri antara yang tewas apabila kehilangan kerusi Chennah yang disandangnya sejak 2013 kepada calon Siow Kong Choon.

BN dan PN sekali lagi bekerjasama bagi menghadapi PRN Melaka 14 Nov, dengan BN bertanding di 23 kerusi manakala PN di lima kerusi.

View the original on Free Malaysia Today →

KioskNews shows a cleaned-up reading view extracted from the publisher’s page — the original always lives on their site, not ours.