The Jerusalem PostSaudi Arabia increasingly threatened by Houthis' advance - analysisPunchSuspected herders ambush Benue DPO, kill two policemenInquirerTrial still on VP Sara Duterte’s wealth: 13.6-fold hike in 18 yearsESPN DeportesYankees amarra serie y sigue 3.5 juegos debajo de RaysESPNSource: Depleted Chargers adding Valdes-Scantling to practice squad한겨레이 대통령 “모든 이의 밤 밝히는 달처럼”…‘5극 3특’ 특산물 추석 선물Inquirer EntertainmentZsa Zsa Padilla grieves loss of brother SonnySözcüPiyasalar için kıyamet senaryosu gerçek oldu: Vanalar kapandı petrol üretimi durduSouth China Morning PostSouth Korean killer’s drone escape from Philippine prison foiled by test footageSky TG24Contributi Inps versati in ritardo, sanzioni e interessi più alti. Le novità e cosa cambiaThe Sydney Morning HeraldSwans star in the mix for preliminary final selectionBBC BusinessTraffic, tourism and economy among election concerns
The Daily Newsstand · Free, Always
Wednesday, September 16, 2026

Kualiti udara di Sarawak baik, 41 lokasi di Semenanjung rekod IPU tidak sihat

Translate

Kualiti udara di Sarawak bertambah baik apabila tiada stesen merekodkan bacaan indeks pencemaran udara (IPU) pada tahap tidak sihat pagi ini.

Kesemua 41 lokasi yang merekodkan bacaan IPU pada tahap ‘tidak sihat’ terletak di Semenanjung, dengan Johan Setia, Selangor (187), mencatatkan bacaan tertinggi setakat 9 pagi.

Kawasan lain yang mencatatkan kualiti udara tidak sihat ialah Cheras, Kuala Lumpur (179), Nilai, Negeri Sembilan (177), Putrajaya (176), Shah Alam, Selangor (175), Seremban, Negeri Sembilan (175), Batu Muda, Kuala Lumpur (172), serta Petaling Jaya dan Klang, Selangor (masing-masing 169 dan 167).

Sepuluh lokasi di Sarawak yang sebelum ini paling terjejas akibat jerebu berada dalam kategori ‘sederhana; pagi ini, dengan bacaan API antara 51 hingga 73.

Kuching merekodkan bacaan IPU 73, diikuti Sibu (66), IPD Serian (66), Samarahan (65), Bintulu (59), Kapit (56), Sri Aman (55), Miri (54), Mukah (52) dan Samalaju (51).

Empat lokasi, termasuk Limbang dan Sarikei (46) serta ILP Miri (43) di Sarawak, mencatatkan kualiti udara ‘baik’. Satu lagi kawasan ialah Kota Kinabalu (43).

Bacaan IPU antara 0 hingga 50 menunjukkan kualiti udara baik, 51 hingga 100 sederhana, 101 hingga 200 tidak sihat, 201 hingga 300 sangat tidak sihat, manakala bacaan melebihi 300 dikategorikan sebagai berbahaya.

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.

View the original on Free Malaysia Today

KioskNews shows a cleaned-up reading view extracted from the publisher’s page — the original always lives on their site, not ours.