PunchFERMA engages 50 youths to maintain Sokoto roadsCNN TürkTrump'tan İsrail çıkışı! "Başbakan olabilirim"The Jerusalem PostNew crop of Democrats coming to US Senate to challenge SchumerInquirerDefense: Carpio backing sports not issue, topic is unexplained wealthZDF heuteAktuelle Pressemitteilungen des ZDF한겨레‘젠슨 황 퇴진’ 충격에도…코스피, 장 초반 2%대 상승Variety‘Wolfenstein 3’ in Development at Xbox’s Machine GamesSouth China Morning PostWhy Hong Kong is losing ground in AI data centre race as Malaysia, Singapore advance매일경제‘기업용 메신저’ 카카오워크 뚫렸다…메일·첨부파일까지 유출New Straits TimesSamsung in talks to buy data center cooling firm Modine中国新闻网同“台独”势力绑在一起没有任何前途The Sydney Morning HeraldAustralia news LIVE: Microsoft outage affects thousands of Outlook, Teams users worldwide; Petrol prices tumble as global oil cost falls
The Daily Newsstand · Free, Always
Friday, November 13, 2026

STR, SARA berpotensi perkukuh sokongan B40 kepada Anwar, PH

Translate

Sumbangan Tunai Rahmah (STR) dan Sumbangan Asas Rahmah (SARA) berpotensi memperkukuh sokongan pengundi B40 terhadap Perdana Menteri Anwar Ibrahim dan Pakatan Harapan (PH), kata penganalisis.

Bagaimanapun, mereka berkata bantuan itu tidak semestinya menjamin sokongan politik berkekalan kerana pengundi turut menilai keberkesanan kerajaan menangani tekanan kos sara hidup.

Azmi Hassan dari Akademi Nusantara berkata kedua-dua program itu berpeluang menjadi legasi Anwar, seperti Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) yang sinonim dengan bekas perdana menteri Najib Razak.

Menurutnya, STR meneruskan pendekatan bantuan tunai seperti BR1M, manakala SARA memperluas manfaat kepada penerima melalui pembelian barangan keperluan asas menggunakan MyKad.

Azmi Hassan.

Beliau berkata walaupun jumlah bantuan itu mungkin dianggap kecil sesetengah pihak, golongan B40 amat menghargainya kerana dapat membantu meringankan beban kewangan secara berkala.

“Jadi, ia dapat bantu Anwar raih undi,” katanya kepada FMT.

STR disalurkan secara berperingkat kepada penerima layak, manakala SARA menyediakan kredit melalui MyKad untuk pembelian barangan keperluan asas.

Pada 2026, isi rumah yang memenuhi syarat tertentu layak menerima gabungan STR dan SARA sehingga RM4,600 setahun, merangkumi STR maksimum RM2,200 dan SARA sehingga RM2,400.

Kerajaan memperuntukkan RM15 bilion bagi kedua-dua program itu tahun ini, berbanding RM6.8 bilion untuk BR1M pada 2017. Peruntukan STR dan SARA turut ditingkatkan kepada RM16 bilion dalam Belanjawan 2027.

Awang Azman Awang Pawi dari Universiti Malaya pula berkata kekuatan BR1M terletak pada kesannya terhadap kehidupan rakyat sehingga membentuk persepsi bahawa pentadbiran Najib mengambil langkah membantu golongan berdepan tekanan kewangan.

Menurutnya, Najib mempunyai kelebihan kerana memperkenalkan BR1M pada 2012, manakala Anwar berpeluang membina legasi menerusi peluasan dan penambahbaikan sistem bantuan sedia ada.

Awang Azman Pawi

Awang Azman Pawi.

Bagaimanapun, beliau mengingatkan peruntukan lebih besar tidak semestinya menghasilkan sokongan politik lebih kukuh kerana pengundi turut menilai keberkesanan bantuan dalam menangani kos sara hidup.

Beliau mengambil contoh BR1M yang memberi manfaat kepada sebahagian penerima, namun tidak mampu menghalang kekalahan Barisan Nasional (BN) pada PRU14 pada 2018.

“Sokongan politik tidak berlaku secara automatik. Pengundi juga menilai sama ada pendapatan mereka mencukupi, harga makanan mampu ditanggung, peluang pekerjaan semakin baik dan taraf kehidupan keluarga menunjukkan peningkatan,” katanya.

Awang Azman berkata STR dan SARA mampu memperkukuh keyakinan terhadap pentadbiran Anwar, tetapi sokongan lebih berkekalan bergantung pada peningkatan pendapatan sebenar, kestabilan harga barangan dan peluang rakyat memperbaiki taraf hidup.

“Pada akhirnya, sebesar mana pun bantuan kerajaan, keyakinan rakyat bergantung pada satu persoalan utama, iaitu adakah kehidupan mereka benar-benar menjadi lebih baik?” katanya.

Bantuan ringankan beban penerima di Melaka

Di Melaka, beberapa penerima STR dan SARA yang ditemui FMT mengakui bantuan itu membantu meringankan perbelanjaan harian, khususnya untuk keperluan keluarga.

Faizal Saadon, 40, berkata SARA membantunya membeli barangan dapur, manakala STR berjumlah RM1,800 yang diterima sepanjang tahun ini digunakan untuk pelbagai perbelanjaan keluarga, termasuk persekolahan anak-anak.

Pengundi di DUN Bemban yang bekerja sebagai pekerja am di sebuah syarikat penghantaran itu turut menggunakan sebahagian bantuan STR diterima pada fasa kedua, bersama wang gajinya, untuk memperbaharui cukai jalan kenderaan yang tamat tempoh.

“Ia meringankan beban saya” katanya.

Bagi Shamsuri Mohd Salleh, 57, peniaga di DUN Rim, bantuan STR dan SARA bukan sahaja meringankan perbelanjaan keluarga, malah membantu menampung kos pembelian bahan mentah untuk perniagaan makanannya.

Menurutnya, bantuan STR juga berguna ketika musim perayaan kerana dapat digunakan untuk membeli barangan keperluan sambutan.

“STR membantu. (Pada hari) perayaan saya dapat juga duit. Jadi dapatlah membantu membeli barang-barang (perayaan),” katanya.

Sementara itu, Ria Artika Nor, 38, peniaga dan pengundi DUN Merlimau, berkata bantuan berkenaan membolehkannya membeli barangan dapur serta memenuhi keperluan anak-anak.

Bagaimanapun, beliau berharap jumlah bantuan STR sebanyak RM1,200 setahun dan SARA RM100 sebulan yang diterimanya dapat ditingkatkan bagi meringankan beban keluarga susulan kenaikan harga barangan.

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.

View the original on Free Malaysia Today →

KioskNews shows a cleaned-up reading view extracted from the publisher’s page — the original always lives on their site, not ours.