ESPN DeportesEN VIVO: Harris II empuja otra y Braves aumenta ventajaESPNFollow live: Chuba Hubbard scores second TD as Panthers pile onThe Jerusalem PostGeorgia, US, block party shooting kills two, wounds dozens, officials say한겨레신동욱 “‘전두환 내란 부정’ 김태규, 진행자에 낚여”…민주 “제명 동참하라”InquirerWATCH: Tulfo wants impeachment court spokesperson Tongol warnedZDF heuteEntdecken Sie das ZDF-NachrichtenstudioSouth China Morning PostKai Tak Hospital opens this week: what you need to know before visitingMalay MailWhat we really pass on to our students — Ng Kwan HoongGIGAZINE飼いネコが多い国は「国民の幸福度」が高い傾向にあることが判明ХабрДейтинг партнерки 2026: Что такое дейтинг-вертикальLa NaciónResultados: quién ganó las Elecciones 2026 en Brasil中国新闻网从一串辣椒到一条产业链 科技赋能乡村振兴“红火”加速
The Daily Newsstand · Free, Always
Monday, October 5, 2026

Pelajar perempuan ditemui meninggal dunia di sekolah di Yong Peng

Translate

Seorang pelajar perempuan berusia 16 tahun ditemui meninggal dunia di sebuah sekolah menengah di Yong Peng di Batu Pahat, Johor petang semalam.

Pelajar Tingkatan Empat itu dilaporkan ditemui neneknya yang datang ke sekolah selepas menyedari cucunya tidak pulang ke rumah kira-kira 5.30 petang selepas menghadiri kelas bimbangan, lapor Harian Metro.

Difahamkan, pelajar itu ditemui dalam keadaan terbaring dan lemah di kawasan dewan sekolah selain terdapat kesan darah kering pada badan mangsa.

Sementara itu, Timbalan Ketua Polis Johor, Hoo Chuan Huat meminta orang ramai dan pihak media memberi ruang kepada pihak berkuasa untuk menjalankan siasatan menyeluruh mengenai kematian pelajar berkenaan.

Katanya, polis masih dalam proses mengumpulkan fakta serta maklumat tepat berhubung kejadian itu dan terlalu awal untuk mengesahkan sebarang spekulasi yang sedang berlegar.

“Kita masih dalam proses dapatkan maklumat tersebut. Macam pemberita juga kena dapatkan maklumat. Saya tak boleh bercakap betul ke tak betul sebab kami masih dapatkan maklumat.

“Saya tak mengesahkan apa benda sebab kami sedang dapatkan maklumat. Terlampau awal untuk mengesahkan suatu kes kalau tak dapat satu. Kami sedang dapatkan maklumat. Bagi peluang kepada kami untuk jalankan siasatan,” katanya yang dipetik Astro Awani sebagai berkata.

View the original on Free Malaysia Today →

KioskNews shows a cleaned-up reading view extracted from the publisher’s page — the original always lives on their site, not ours.