The Jerusalem PostSaudi Arabia says it intercepts three Houthi missiles targeting RiyadhInquirerAnti-narcotics agents nab 2 suspects, seize P4M in meth in Lanao del SurPunchMega churches face succession heat한겨레4년 만의 대중 무역흑자의 역설…반도체 빼면 적자 더 늘어ZDF heuteAktuelle Pressemitteilungen des ZDFCNN Türkİran'dan ABD’ye Irak hatırlatmasıThe Hollywood ReporterUnder Pressure From Struggling Members, SAG-AFTRA Vows to Advocate for Universal Healthcare매일경제170만명 홀린 ‘부캉이’ 이름값이 얼마길래…상표 출원 21건NU.nlVerstappen bijna in bandenstapel na incident met Russell in derde training VegasDeadline‘Yellowjackets’ Stars Melanie Lynskey & Christina Ricci On Misty’s Plot “To Save Themselves” From Shauna: “She’ll Be The Downfall Of Everybody”New Straits Times#SHOWBIZ: Adam Driver, Scarlett Johansson star in New York family crime drama 'Paper Tiger'The Sydney Morning Herald'Unnecessary': F1 rivals tangle in practice
The Daily Newsstand · Free, Always
Saturday, November 21, 2026

Kesan jejak wang RM50 juta bayar denda Najib, Kadir Jasin beritahu kerajaan

Translate

Kerajaan Madani mempunyai kewajipan moral untuk menyiasat sumber wang RM50 juta yang digunakan bagi melunaskan denda dikenakan mahkamah terhadap bekas perdana menteri Najib Razak, kata Tokoh Wartawan Negara A Kadir Jasin.

Kadir berkata, kerajaan yang berulang kali menegaskan komitmennya memerangi rasuah perlu memastikan bayaran itu datang daripada sumber yang sah, tanpa mengira siapa penyumbangnya.

“Walaupun Umno yang bayar denda itu, pihak berkuasa termasuk Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), polis, Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) dan Bank Negara Malaysia (BNM) perlu menyiasat bagi mengenal pasti jejak wang RM50 juta itu,” katanya.

Kadir berkata, jumlah yang besar itu wajar diteliti asal usulnya, termasuk sama ada terdapat sumbangan daripada individu atau syarikat yang pernah meraih manfaat daripada kontrak kerajaan sebelum ini.

“Sesetengah ahli perniagaan yang dapat manfaat daripada projek-projek ini mungkin berasa terhutang budi. Walaupun sebahagian projek itu berjalan lancar, kemungkinan berlakunya rasuah tidak boleh ditolak sepenuhnya,” tambahnya.

Pada 6 Nov lalus, diumumkan Umno melunaskan bayaran denda RM50 juta itu secara penuh di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur.

Setiausaha Agung, Asyraf Wajdi Dusuki, berkata Tabung Solidariti Najib Razak yang dilancarkan pada 18 Sept mencapai sasaran kutipan, justeru akaun khas yang dibuka bagi menerima sumbangan orang ramai ditutup.

Pembayaran denda itu antara syarat pengampunan diraja Najib, yang membolehkannya menjalani baki hukuman penjara bagi kes SRC International di bawah tahanan rumah sehingga 23 Ogos 2028, tertakluk kepada syara lain yang ditetapkan.

Bekas presiden Umno itu mula dipenjarakan pada 23 Ogos 2022 selepas Mahkamah Persekutuan mengekalkan sabitannya atas kesalahan menyeleweng dana SRC International berjumlah RM42 juta.

Sumber mungkin perlu disaring

Bekas presiden Jawatankuasa Penasihat ACCA Malaysia, Khalid Ahmad, berkata pada asasnya, tiada salah mengutip derma, asalkan ia datang daripada sumber yang sah.

Khalid Ahmad.

“Tidak salah kutip derma, asalkan sumbernya sah di sisi undang-undang,” katanya kepada FMT.

“Proses saringan itu bukan matlamatnya, tetapi sumbernya mungkin perlu disaring.”

Khalid berkata, bank dan pihak berkuasa penguatkuasaan mempunyai kuasa untuk mengesan asal usul dana di bawah Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram, Pencegahan Pembiayaan Keganasan dan Hasil daripada Aktiviti Haram (Amla) 2001, jika perlu.

“Bank, BNM dan polis mempunyai hak menyemak dari mana datangnya wang itu dan sama ada ia diperoleh daripada sumber yang sah,” katanya.

Garis panduan pencegahan pengubahan wang haram BNM memperuntukkan semakan transaksi berasaskan risiko, termasuk penelitian lebih ketat ke atas sumber dana bagi kes berisiko tinggi.

Gesaan itu menyusuli kenyataan bekas ahli panel pemantauan SPRM Walter Sandosam bahawa tiada undang-undang yang mewajibkan Umno mengaudit sumbangan tersebut atau mendedahkan identiti penyumbang.

Sandosam berkata, usaha kutipan dana itu merupakan inisiatif persendirian, walaupun beliau mengakui kontroversi berkenaan menyerlahkan keperluan undang-undang bagi mengawal selia pembiayaan politik.

Khalid berkata, ketiadaan syarat untuk Umno mendedahkan penyumbangnya merupakan perkara berasingan daripada keupayaan institusi kewangan dan agensi penguatkuasaan memeriksa pergerakan wang dalam sistem perbankan.

Bagi Kadir, mengenal pasti sumber pembayaran itu akan membantu menjawab persoalan yang menyelubungi kutipan dana berkenaan, tanpa bergantung kepada spekulasi mengenai pihak yang sebenarnya membiayainya.

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.

View the original on Free Malaysia Today →

KioskNews shows a cleaned-up reading view extracted from the publisher’s page — the original always lives on their site, not ours.