InquirerDILG eyes P9-B savings in P15-B fire truck procurement dealThe Jerusalem PostFrom Ra’anana around the world and back: Edan Leshem takes a swing for Sharsheret - interviewESPNRamirez launches another clutch HR as Guardians force winner-take-all Game 5ESPN DeportesGuardians remonta ante White Sox y lleva la Serie Divisional al definitivo Juego 5Daily MaverickFINANCE WELLNESS COACH: Plan ahead for ownership after the death of a business partnerZDF heuteEntdecken Sie das ZDF-NachrichtenstudioCapital FMWajir Patient Tests Negative for Ebola, Positive for Malaria, Duale SaysCNN TürkFenerbahçe’de Asensio formaya kavuşuyor: Matador, Rizespor maçında sahadaسكاي نيوز عربيةسندات فرنسا تحت النار.. لماذا لا يتحرك المركزي الأوروبي؟RTL BoulevardInfluencer Jarl van den Berg mag ziekenhuis verlaten na ultrarun: 'Wonder boven wonder'NOSWekdienst 9/10: Uitreiking Nobelprijs voor de Vrede • Laatste dag inleveractie vuurwerkRai NewsLa Lincoln tornata a casa. Trump: "Niente attacchi prima del voto". Yemen, l'escalation.
The Daily Newsstand · Free, Always
Friday, October 9, 2026

MyTLAS Plus boleh jadi tiket kayu Malaysia ke pasaran premium global

Translate

Sistem Jaminan Kesahihan Kayu Kayan Malaysia Plus (MyTLAS Plus) bukan sekadar membantu industri perkayuan tempatan memenuhi syarat ketat Kesatuan Eropah (EU), malah boleh menjadi kelebihan untuk menembusi pasaran premium global, kata pakar.

Pengarah Eksekutif Pusat Penyelidikan Sosio-Ekonomi (SERC), Lee Heng Guie, berkata sistem baharu diperkenalkan Lembaga Perindustrian Kayu Malaysia (MTIB) itu merapatkan jurang antara sistem perhutanan tempatan dengan Peraturan Penyahhutanan Kesatuan Eropah (EUDR).

Lee Heng Guie.

Katanya, pematuhan piawaian EU juga boleh meningkatkan daya saing pengeksport Malaysia di pasaran lain yang mempunyai kawal selia ketat seperti Amerika Syarikat, Jepun, Korea Selatan dan Australia.

“Sekiranya syarikat eksport kita berjaya memenuhi kepatuhan piawaian EU yang ketat serta pasaran premium tinggi bagi produk seperti papan lapis, kumai dan pertukangan kayu, ia secara tidak langsung meningkatkan daya saing global Malaysia,” katanya kepada FMT.

Namun, Lee berkata kegagalan menyesuaikan diri dengan piawaian baharu itu boleh menyebabkan sekatan eksport, penyitaan barangan di pelabuhan EU atau penyingkiran daripada pasaran.

Beliau berkata, pengeksport perlu mendigitalkan data rantaian bekalan, termasuk menggunakan perisian sistem maklumat geografi (GIS) bagi plot penebangan melebihi empat hektar serta menaik taraf sistem dalaman.

Katanya, pengusaha kecil pula berdepan cabaran lebih besar kerana kekurangan modal dan tenaga kerja untuk memetakan tanah, sekali gus berisiko tersisih daripada rantaian bekalan eksport.

Pakar ekonomi alam sekitar Universiti Kebangsaan Malaysia, Norlida Hanim Salleh, berkata pematuhan MyTLAS Plus perlu dilihat sebagai pelaburan strategik untuk membuka akses kepada pasaran premium dan meningkatkan pengiktirafan ESG.

Norlida Hanim Salleh

Norlida Hanim Salleh.

Katanya, data kebolehjejakan sistem itu turut membantu produk kayu Malaysia memenuhi keperluan kelestarian di pasaran lain, termasuk UK dan Jepun.

“Keperluan sistem jejak geolokasi ini bukan sekadar mengelakkan sekatan pasaran, malah ia membolehkan pembeli global mengesahkan bukti sifar penyahhutanan menerusi kod QR pada produk, sekali gus menjustifikasikan jualan pada harga premium,” katanya.

Presiden Persatuan Perusahaan Kecil dan Sederhana Malaysia (Samenta), William Ng, pula berkata MyTLAS Plus dan penjejakan geolokasi diperkenalkan tepat pada masanya bagi menangani tekanan kawal selia pasaran eksport utama.

william ng

William Ng.

“Menolak pematuhan ini bermakna kita terpaksa keluar sepenuhnya daripada pasaran Eropah.

“Bagi memastikan MyTLAS Plus memberikan kelebihan yang saksama, agensi seperti Lembaga Perindustrian Kayu Malaysia MTIB dan Majlis Kayu-kayan Malaysia (MTC) perlu aktif membantu kilang serta bengkel kecil untuk memenuhi piawaian ini,” katanya.

Sementara itu, Setiausaha Agung Kesatuan Pekerja-pekerja Industri Kayu Sabah (STIEU), Engrit Liaw, turut menyokong langkah berkenaan, sambil berkata keyakinan pembeli antarabangsa mampu memberi kestabilan jangka panjang kepada industri perkayuan tempatan.

Katanya, sokongan kewangan dan teknikal kepada pengusaha kecil penting bagi memastikan mereka mampu mematuhi piawaian baharu itu dan mengelak risiko disenarai hitam pasaran yang boleh menjejaskan mata pencarian pekerja.

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.

View the original on Free Malaysia Today →

KioskNews shows a cleaned-up reading view extracted from the publisher’s page — the original always lives on their site, not ours.