PH Melaka runding kerjasama ‘PH Plus’ termasuk dengan Bersatu

Pakatan Harapan (PH) Melaka sedang memuktamadkan rundingan dengan parti yang mempunyai aspirasi sama termasuk Bersatu bagi membentuk kerjasama ‘PH Plus’ untuk menghadapi PRN.
Pengerusi PH Melaka, Adly Zahari, berkata rundingan itu dilaksanakan berdasarkan ketetapan yang diambil dalam mesyuarat Majlis Presiden PH.
“Rundingan itu juga termasuk dengan Bersatu, namun sebarang bentuk kerjasama hanya akan diumumkan selepas proses rundingan selesai,” katanya pada sidang media selepas menghadiri pelancaran jentera pilihan raya Amanah di Duyong, hari ini.
Turut hadir Presiden Amanah merangkap Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan Mohamad Sabu dan Timbalan Presiden Amanah Mujahid Yusof Rawa.
Dalam pada itu, Adly yang juga timbalan menteri pertahanan berkata pembahagian kerusi dalam PH antara PKR, Amanah dan DAP diselesaikan termasuk peruntukan lapan kerusi kepada Amanah.
Antara DUN bakal ditandingi Amanah ialah Bukit Katil, Durian Tunggal, Telok Mas dan Merlimau.
Ditanya mengenai kemungkinan kerjasama dengan Barisan Nasional (BN), Adly berkata setakat ini tiada rundingan diadakan dengan parti itu.
KioskNews shows a cleaned-up reading view extracted from the publisher’s page — the original always lives on their site, not ours.