The Jerusalem PostHolocaust survivor Eva Geller dies from wounds sustained in Bondi Beach mass shootingInquirerEasterlies to bring rains to most parts of PH on FridayCNN TürkHava Durumu (06-11-2026)PunchSMEDAN unveils N100m fund for 100 entrepreneursBollywood HungamaVijay Sethupathi to become FIRST Indian actor to present at 54th International Emmy Awards in New York: ReportSky TG24Bonus mobili e voucher elettrodomestici, novità nel 2027: requisiti e cosa cambia한겨레검사들 ‘조작기소 특검팀’ 파견에 난색…인력 확보 ‘빨간불’ZDF heuteAktuelle Pressemitteilungen des ZDFObservador DesportoBloco Central? Simpatizantes do PS e PSD dizem simDaily MailMoment knifeman stands over victim and stabs him repeatedly - after he was freed from jail early following previous fatal knifing just 10 minutes awayMintRubio to leave Trump administration after midterm elections wipeout? Here's what we knowSözcüDağın tepesine bıraktıkları 113 lama dengeleri altüst etti
The Daily Newsstand · Free, Always
Friday, November 6, 2026

Rayuan pendakwaan cabar Rosmah kemuka keterangan baharu tangguh, mahkamah diberitahu

Translate

Mahkamah Tinggi menetapkan 14 Jan tahun depan untuk pengurusan kes seterusnya bagi prosiding merekodkan keterangan baharu untuk digunakan dalam rayuan Rosmah Mansor terhadap sabitan kesalahan rasuahnya berhubung projek hibrid solar bernilai RM1.25 bilion.

Hakim Aslam Zainuddin menetapkan tarikh itu selepas dimaklumkan bahawa rayuan pendakwaan terhadap keputusan Mahkamah Rayuan yang membenarkan Rosmah mengemukakan keterangan tambahan masih belum diputuskan di Mahkamah Persekutuan.

Peguam Rosmah, Akberdin Abdul Kader, memberitahu mahkamah bahawa alasan penghakiman Mahkamah Rayuan masih belum diperoleh.

Beliau berkata, mahkamah rayuan menetapkan 25 Nov untuk pengurusan kes bagi mengemas kini status perkara itu, manakala satu lagi sebutan ditetapkan pada 3 Dis.

Timbalan Pendakwa Raya Mustaffa P Kunyalam mengesahkan bahawa pihak pendakwaan juga sedang menunggu alasan penghakiman Mahkamah Rayuan sebelum mengambil langkah seterusnya dalam rayuan itu.

Pada 1 Sept lalu, Mahkamah Rayuan membenarkan permohonan Rosmah untuk mengemukakan keterangan baharu dalam rayuannya terhadap sabitan dan hukuman dalam kes rasuah projek solar hibrid bernilai RM1.25 bilion.

Keterangan tambahan itu melibatkan laporan polis dan akuan berkanun oleh saksi Rayyan Radzwill Abdullah, yang mendakwa beliau ditekan memberi keterangan oleh pihak pendakwaan semasa perbicaraan.

Pihak pendakwaan memfailkan rayuan di Mahkamah Persekutuan pada 4 Sept bagi mencabar keputusan itu.

Pada 17 Sept, Mahkamah Rayuan membenarkan permohonan pihak pendakwaan untuk menangguhkan pelaksanaan perintah yang membenarkan keterangan tambahan itu direkodkan sementara menunggu penyelesaian rayuannya di Mahkamah Persekutuan.

Pada 2 Sept 2022, Rosmah disabitkan atas kesalahan meminta rasuah RM187.5 juta daripada bekas pengarah urusan Jepak Holdings Sdn Bhd, Saidi Abang Samsudin, menerusi bekas pegawai khasnya Rizal Mansor, sebagai dorongan membantu syarikat itu mendapatkan projek solar hibrid.

Beliau juga didapati bersalah menerima RM5 juta daripada Saidi melalui Rizal di Seri Perdana, Putrajaya pada 20 Dis 2016, dan tambahan RM1.5 juta lagi di kediamannya di Jalan Langgak Duta, pada 7 Sept 2017.

Rosmah dijatuhi hukuman penjara 10 tahun bagi setiap satu daripada tiga pertuduhan dikenakan, dengan hukuman berjalan serentak. Hakim turut mengenakan denda RM970 juta dan memerintahkan Rosmah menjalani hukuman penjara tambahan 10 tahun sekiranya gagal membayar denda.

Beliau diberikan penangguhan pelaksanaan hukuman sementara menunggu penyelesaian rayuannya terhadap sabitan dan hukuman itu.

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.

View the original on Free Malaysia Today →

KioskNews shows a cleaned-up reading view extracted from the publisher’s page — the original always lives on their site, not ours.