PunchElection: IG vows crackdown on fake news purveyorsThe Jerusalem PostLet aid into Gaza, stop 'genocide,' F1 driver Hamilton demands after Rafah crossing visit한겨레“이 대통령 소통 행보 줄여야” 51% “계속해야” 42% [NBS]ZDF heuteEntdecken Sie das ZDF-NachrichtenstudioNew Straits TimesBeyond Buildings: BCB's vision for Malaysia's property landscapeGIGAZINENVIDIAがジェンスン・フアンCEOを解任する準備を進めているRTL BoulevardGebouw in New York stort in: twee doden, onbekend aantal vermistenEl ComercioPapa León XIV en Perú EN VIVO HOY: minuto a minuto, actividades, rutas, agenda de su visita y últimas noticiasSeeking AlphaNvidia board weighs CFO Colette Kress as interim CEO amid Jensen Huang scrutiny: SemaforThe Sydney Morning HeraldWant a bigger pay rise? You’re probably making this mistakeESPN DeportesLa longevidad histórica (y absurda) de Steph Curry y Kevin DurantGlobo EsporteInter vira sobre o Flamengo e abre vantagem na final da Copa do Brasil Feminina
The Daily Newsstand · Free, Always
Thursday, November 12, 2026

PAS sanggup tolak ansur dengan Umno demi kembali ke Putrajaya

Translate

PAS tidak kisah memainkan peranan sebagai rakan lebih kecil kepada Umno dalam PRN Melaka kerana keutamaan lebih besarnya adalah untuk kembali menyertai kerajaan persekutuan, meskipun terpaksa berkompromi dalam rundingan pembahagian kerusi, kata penganalisis.

James Chin daripada Universiti Tasmania berkata, PAS yang pernah menjadi sebahagian daripada kerajaan dari 2020 hingga 2022, berhasrat untuk menyingkirkan kerajaan pimpinan Perdana Menteri Anwar Ibrahim dan kembali berkuasa di peringkat persekutuan.

james chin

James Chin.

Katanya, parti itu bersedia bertolak ansur dengan Umno daripada mengambil risiko menjejaskan kerjasama antara kedua-duanya berhubung pembahagian kerusi bagi PRN.

“PAS tidak mempunyai masalah untuk bertolak ansur dengan Umno kerana parti itu tahu bahawa walaupun mereka memenangi PRN, jika mereka membentuk apa yang saya gelar sebagai ‘tsunami Melayu’, PAS masih mempunyai lebih banyak kerusi (Parlimen).

“Jadi, walaupun PAS menyerahkan kerusi DUN kepada Umno, hakikat bahawa PAS mempunyai 43 kerusi di Dewan Rakyat tidak akan berubah,” katanya kepada FMT, sambil membandingkannya dengan 26 kerusi yang dimiliki Umno.

Beliau turut berkata, jumlah kerusi yang dimiliki sesebuah parti tidak semestinya menentukan parti mana yang menjadi rakan dominan dalam kerajaan.

“Dalam konteks Malaysia, rakan dominan kita ialah pihak yang memegang jawatan perdana menteri. Ia bukan berdasarkan jumlah kerusi Parlimen yang dimiliki.

“Jika dikira berdasarkan jumlah kerusi, DAP sepatutnya menjadi parti dominan kerana ia merupakan blok terbesar, tetapi hakikatnya tidak begitu.”

Minggu lalu, Ketua Penerangan PAS Ahmad Fadhli Shaari berkata parti itu sudah mengambil iktibar daripada kesilapan dalam rundingan pembahagian kerusi dengan Umno sebelum ini dan kini mengambil pendekatan lebih pragmatik.

Ketika bercakap dalam audiosiar Keluar Sekejap, Fadhli berkata PAS belajar bahawa pendirian tidak berkompromi dalam pembahagian kerusi boleh mendorong Barisan Nasional (BN) bekerjasama dengan Pakatan Harapan (PH).

Beliau merujuk kepada tindakan BN yang dilihat membuka ruang kepada kedua-dua Perikatan Nasional (PN) dan PH menjelang PRN Melaka.

BN akhirnya bersetuju bekerjasama dengan PN bagi pilihan raya pada 14 Nov ini, dengan gabungan diterajui Umno itu bertanding di 23 kerusi manakala PN bertanding di baki lima kerusi.

Azmi Hassan.

Azmi Hassan daripada Akademi Nusantara berkata, tindakan PAS yang dilihat mengalah di Melaka tidak semestinya bermakna parti itu semakin bertolak ansur dengan Umno.

Katanya, kerusi yang diserahkan kepada BN dan MCA merupakan kubu kuat DAP yang sukar dimenangi PN.

“Saya tidak fikir PAS begitu mudah berkompromi. PAS boleh sahaja menolak perkara ini. Tetapi saya fikir PAS berkata, biarkan MCA kalah di dua kerusi berkenaan kerana kedua-duanya merupakan kubu kuat DAP,” katanya.

Beliau bersetuju bahawa Umno menggunakan kemungkinan bekerjasama dengan PH sebagai modal rundingan dengan PAS, sekali gus membolehkannya menggambarkan seolah-olah parti itu mengawal hala tuju kerjasama berkenaan.

Bagaimanapun, katanya, kuasa tawar-menawar yang dinikmati Umno di Melaka mungkin tidak dapat diperluas ke negeri lain, termasuk Pahang dan Perak yang diterajui BN.

“Apabila tiba masa pembahagian kerusi di Pahang atau Perak, saya fikir PAS akan dapat menentukan syarat kepada BN, bukannya sebaliknya, kerana PAS jauh lebih kuat di kedua-dua negeri itu,” katanya.

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.

View the original on Free Malaysia Today →

KioskNews shows a cleaned-up reading view extracted from the publisher’s page — the original always lives on their site, not ours.