ESPN DeportesBroncos firman una segunda mitad de calidad y se llevan un juego dramáticoESPNHufanga comes up with INT to seal Broncos' win over RamsInquirerDENR 2040 target: Cut plastic waste by 85%The Jerusalem PostHuckabee announces groundbreaking for permanent US Embassy in Jerusalem to be soonDaily MaverickTaylor Swift lands top trophy at MTV’s Video Music Awards한겨레미 스미스소니언서 ‘서울의 밤’ 상영…한국 계엄 다큐에 기립박수SözcüEşinin mal varlığı dondurulmuştu... Mustafa Sandal "fon" sessizliğini bozduCNN TürkHava Durumu (28-09-2026)Khaosod EnglishThai women’s table tennis pair secure historic Asian Games bronzeالنهارهل تكون السيارات الكهربائية الحلّ؟ - ملف خاص من "النهار"Wirtualna PolskaPrezydent nie nadąża za wnioskami? 143 tys. osób czeka na medalHet Laatste Nieuws“Normaal trekt Remco zo’n slopende koers altijd in een beslissende plooi”: op zoek naar verklaringen voor de onverwachte offday van Evenepoel (en co.) in Montréal
The Daily Newsstand · Free, Always
Monday, September 28, 2026

Dr Hasmah meninggal dunia pada usia 100 tahun

Translate

Dr Hasmah Ali, isteri kepada bekas perdana menteri Dr Mahathir Mohamad, meninggal dunia hari ini pada usia 100 tahun.

Difahamkan, beliau menghembuskan nafas terakhir di Institut Jantung Negara (IJN), sekitar 9.25 pagi.

Hasmah merupakan doktor yang menggunakan peranannya sebagai isteri perdana menteri untuk memperjuangkan kesihatan ibu, perancangan keluarga, celik huruf, pencegahan penyalahgunaan dadah, dan kesihatan mental.

Mahathir dan Hasmah bertemu pada 1947 ketika menuntut di Maktab Perubatan King Edward VII di Singapura. Mereka berkahwin pada Ogos 1956.

Hasil perkahwinan mereka dikurniakan empat cahaya mata: Marina, Mirzan, Mokhzani, dan Mukhriz. Mereka juga mengambil tiga anak angkat: Melinda, Mazhar, dan Maizura.

Dilahirkan sebagai anak keenam daripada 10 beradik, Hasmah mencerminkan aspirasi wanita muda Malaysia sejak awal persekolahannya di Klang sehinggalah melanjutkan pengajian dalam bidang perubatan di Singapura.

Sejurus tamat pengajian pada 1955, beliau menjadi antara doktor wanita Melayu pertama – menjadi perintis pada zaman di mana peluang untuk wanita masih terhad.

Dalam masyarakat sivil, beliau pernah berkhidmat sebagai presiden Bakti (Badan Amal dan Kebajikan Tenaga Isteri-isteri Menteri dan Timbalan Menteri) dan Persekutuan Pengakap Pandu Puteri Malaysia, pengerusi Persatuan Perancangan Keluarga Kedah serta penaung kepada pelbagai organisasi perkhidmatan kesihatan.

Pada 2019, selepas menjalani pembedahan bagi membuang ketulan payudara yang dikesan lebih awal, beliau menyeru golongan wanita agar sentiasa melakukan pemeriksaan kesihatan secara berkala.

View the original on Free Malaysia Today →

KioskNews shows a cleaned-up reading view extracted from the publisher’s page — the original always lives on their site, not ours.