Daily MaverickLIV Golf rescue plan falters as BC Partners abandons investment, FT reportsThe Jerusalem PostBoy George wins over Tel Aviv crowd with music, message of solidarityPunchOsun puts Oluwo under watch over inflammatory remarksInquirerLuistro asks: Did defense fail to consult witness before seeking subpoena?Inquirer EntertainmentCup of Joe’s Gian Bernardino admits past feelings for fellow OPM hitmaker MakiAntara NewsJokowi appears in court to testify in fake diploma caseZDF heuteEntdecken Sie das ZDF-NachrichtenstudioBBC 中文黃之鋒勾結罪國安案判囚10年Seeking AlphaSun Life Financial Inc. CAD250 mil 4.5% Class A Non-Cum ser 5 declares $0.2812 dividendSportstarRanji Trophy LIVE Score, Round 4 Day 4: Hyderabad faces uphill task against Chhattisgarh, Tamil Nadu in control against ChandigarhBBC NewsJoshua Wong, face of Hong Kong's pro-democracy protests, jailed for 10 yearsThe Sydney Morning HeraldHigh Court to hear Hanson challenge to racist hate speech laws
The Daily Newsstand · Free, Always
Thursday, November 5, 2026

Diskaun tol 50% sempena Deepavali

Translate

Kerajaan mengumumkan diskaun tol 50% selama dua hari bermula esok sempena sambutan Deepavali pada Ahad ini.

Menteri Kerja Raya, Alexander Nanta Linggi, berkata diskaun itu bermula 12 tengah malam ini (6 Nov) hingga 11.59 malam Sabtu (7 Nov).

Katanya, diskaun berkenaan melibatkan kenderaan persendirian kelas 1 di semua plaza tol serta kenderaan kelas 2 bagi Jambatan Pulau Pinang.

Bagaimanapun, plaza tol di sempadan negara, iaitu Plaza Tol Bangunan Sultan Iskandar di Lebuhraya Utara-Selatan dan Plaza Tol Tanjung Kupang di Lebuhraya Laluan Kedua Malaysia-Singapura (Linkedua) dikecualikan daripada diskaun ini.

“Pemberian diskaun tol ini dianggar melibatkan bayaran pampasan RM20.11 juta kepada syarikat konsesi lebuh raya yang akan ditanggung kerajaan tertakluk kepada pengesahan data trafik,” katanya dalam kenyataan.

Nanta berkata, inisiatif itu mencerminkan komitmen kerajaan membantu meringankan beban rakyat tanpa mengira kaum dan agama, selain membolehkan masyarakat Hindu meraikan Deepavali bersama keluarga.

Menurutnya, Kementerian Kerja Raya melalui Lembaga Lebuhraya (LLM) akan menyelaras pelaksanaan diskaun berkenaan bersama syarikat konsesi lebuh raya bagi memastikan pengguna yang layak menikmati manfaatnya.

Beliau turut menasihatkan pengguna lebuh raya merancang perjalanan lebih awal bagi mengelakkan kesesakan, selain memastikan baki kad Touch ‘n Go atau e-dompet mencukupi.

“Pengguna juga digalakkan menyemak maklumat trafik terkini melalui saluran rasmi LLM serta mengutamakan keselamatan sepanjang perjalanan musim perayaan,” katanya.

View the original on Free Malaysia Today →

KioskNews shows a cleaned-up reading view extracted from the publisher’s page — the original always lives on their site, not ours.