Daily MaverickTHE INTERVIEW: Filled — Tshiamo Moretlwe’s one-woman play asks what happens after gender-based violencePunchLagos festival turns bloody as cultists kill twoThe Jerusalem PostKremlin dismisses comparisons between trilateral meeting and Yalta conferenceInquirerProbe arrests in Asean rally, bishop urges CHR한겨레“아기처럼 꾸미지 않은 음악할 것”…베이스 거장 송홍섭이 일흔 넘어 밴드 꾸린 이유Inquirer EntertainmentSB19 to perform ‘Together in Motion’ at 2026 Asean Summit closing ceremonyCNN TürkÖZET | Almanya, Hollanda'yı dağıttıThe Straits TimesS’pore rethinking how vulnerable families get help, with agencies to work more closely togetherالنهارالثلاجات الذكية... هل تستحق مزاياها مخاطر الاختراق؟ZDF heuteAktuelle Pressemitteilungen des ZDFNew Straits Times11 men arrested after Sandakan market clashLenta.ruЭкс-премьер Украины рассказал о хозяевах Зеленского
The Daily Newsstand · Free, Always
Tuesday, November 17, 2026

Polis siasat dakwaan kegiatan jenayah terancang dari Nigeria

Translate

Polis menjalankan siasatan bagi mengesahkan kesahihan dakwaan terdapat kegiatan organisasi jenayah terancang dari Nigeria dikenali sebagai De Norsemen Kclub International (DNKI) atau Vikings di Malaysia.

Timbalan Pengarah Risikan/Operasi Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Bukit Aman, Mohd Sukri Kaman, berkata siasatan masih dijalankan bagi mendapatkan pengesahan berhubung maklumat berkenaan.

“Untuk makluman, pihak kami masih menjalankan siasatan bagi mengesahkan kesahihan maklumat tersebut.

“Sebarang perkembangan lanjut akan dimaklumkan dari semasa ke semasa,” katanya ketika dihubungi hari ini.

Dakwaan mengenai kumpulan itu menjadi perhatian susulan satu hantaran di media sosial yang mendakwa organisasi itu kini bertapak di Malaysia.

Hantaran itu turut mendakwa sebahagian anggota kumpulan berkenaan memasuki Malaysia menggunakan visa pelajar sebelum direkrut menjadi ahli, selain mengaitkan kegiatan mereka dengan beberapa aktiviti mencurigakan termasuk perhimpunan yang memaparkan logo dan simbol kumpulan berkenaan.

View the original on Free Malaysia Today →

KioskNews shows a cleaned-up reading view extracted from the publisher’s page — the original always lives on their site, not ours.