Bollywood HungamaSalman Khan returns in an action-packed avatar In Maatrubhumi: May War Rest In Peace, trailer out nowPunchUK coroner links school rules to teenager’s suicideThe Jerusalem PostOlympic judo champion Teddy Riner announces bid for French presidencyInquirer‘Evasive,’ conflicting answers test impeachment court’s patienceCNN TürkHegseth'e azil girişimi engellendiZDF heuteAktuelle Pressemitteilungen des ZDFSözcüTuvalet fırçası veya çöp kutusu değil: Evinizdeki en tehlikeli eşya mutfaktan-tvJunge trifft es besonders hart: Immer mehr Akademiker sind arbeitslos경향신문“수소트램 재검토 해야”···대전지역 시민사회단체 대책위 구성Wirtualna PolskaBulwersujące nagrania po ataku w Krakowie. TikTok reagujeLa NaciónLa historia del joven que emocionó a León XIV en la vigilia en Palermo: “Empecé a drogarme para no sentirme solo”CNN بالعربيةإيران.. رواج فيديو "مدينة صاروخية" تحت الأرض يكشفه الحرس الثوري
The Daily Newsstand · Free, Always
Wednesday, November 11, 2026

2 calon pilihan raya tempatan Ecuador maut ditembak

Translate

Dua calon yang bakal bertanding dalam pilihan raya tempatan pada 29 Nov ini maut ditembak dalam serangan bersenjata di Huaquillas, wilayah pesisir pantai El Oro di Ecuador pada malam Isnin, lapor Xinhua.

Serangan itu turut meragut nyawa seorang wanita, menurut laporan media tempatan pada Selasa yang memetik laporan polis.

Kedua-dua calon dikenal pasti sebagai bekas datuk bandar Huaquillas, Ronald Farfan yang berhasrat merebut kembali jawatan itu dan calon ahli majlis perbandaran, Cristhian Rugel di kawasan pentadbiran sama.

Serangan berlaku di kawasan kejiranan Los Israelitas ketika dua calon itu menghadiri perhimpunan politik bersama penyokong menjelang pilihan raya.

Polis sedang menyiasat beberapa kemungkinan motif serangan, termasuk ancaman dan kegiatan pemerasan oleh kumpulan penjenayah.

Menurut angka rasmi yang dipetik media tempatan, El Oro merekodkan hampir 1,000 kes pembunuhan setakat tahun ini, meningkat kira-kira 50% berbanding tempoh sama tahun lalu.

Rakyat Ecuador dijadualkan keluar mengundi pada 29 Nov ini bagi memilih ketua dan timbalan ketua pentadbiran wilayah, datuk bandar, ahli majlis perbandaran dan luar bandar serta anggota lembaga pentadbiran kawasan luar bandar.

View the original on Free Malaysia Today →

KioskNews shows a cleaned-up reading view extracted from the publisher’s page — the original always lives on their site, not ours.