CNN TürkMASTERCHEF ELENEN İSİM: 15 Kasım MasterChef'te kim elendi, kim veda etti? İşte elenen yarışmacıInquirerNo LPA, cyclone expected to form in PH in 3 daysPunchICYMI: Tinubu approves recruitment of 28,000 soldiers, 50,000 police officersThe Jerusalem PostTwo oil tankers hit mines in the Strait of Hormuz, IRGC says한겨레최혜진, 또 한 걸음 앞에서 멈췄다…LPGA 준우승만 10번째ZDF heuteEntdecken Sie das ZDF-NachrichtenstudioRapplerLIVE UPDATES: 49th ASEAN Summit in ManilaThe South AfricanMTN makes fresh bid to buy TelkomSözcüMerkür retrosu bitti, bugün 4 burç için yeni bir dönem başlıyorDaily MailRussell Brand compares himself to Saint Paul in shameless sermon from behind bars delivered by wife Laura: Rapist says he forgives the sex offenders he's locked up with - and spouts conspiracy theory about why he was found guiltyThe RegisterTechie rigged off-spec fan near flammable liquid and an exposed motherboard, then left it to run for daysn-tv190 Menschen an Bord: Defektes Steuerruder bei Tanker sorgte für Schiffsunglück in New Orleans
The Daily Newsstand · Free, Always
Monday, November 16, 2026

AJK Gerakan angkat sumpah Adun lantikan Terengganu

Translate

Ahli Jawatankuasa Gerakan Terengganu Chan Chee How mengangkat sumpah sebagai Adun lantikan bagi mewakili masyarakat bukan Islam di negeri itu hari ini.

Beliau melafazkan sumpah jawatan di hadapan Speaker DUN Terengganu, Mohd Nor Hamzah selepas pelantikannya diumumkan pada Mesyuarat Ketiga Penggal Keempat DUN Kelima Belas (Bajet) di Wisma Darul Iman, Kuala Terengganu.

Terdahulu, usul pemilihan Chan, 51, dikemukakan oleh Adun Kijal Razali Idris dan diluluskan dalam persidangan itu, lapor Sinar Harian.

Pelantikan dibuat selaras peruntukan Fasal XXVII (2) atau Perkara 27(2) Undang-undang Bagi Diri Kerajaan Terengganu (Bab Yang Pertama) yang membolehkan pelantikan ahli bagi mewakili golongan berkenaan apabila mereka tidak mempunyai wakil yang dipilih dalam DUN.

Langkah itu memberi ruang kepada masyarakat bukan Islam di Terengganu membawa pandangan, keperluan dan kepentingan mereka secara langsung dalam persidangan DUN, sekali gus memperkukuh hubungan antara masyarakat dengan kerajaan negeri.

Chan yang dilahirkan pada 27 Jun 1975 dan menetap di Cukai, Kemaman, adalah ahli perniagaan berkelulusan jjazah sarjana muda pengurusan perniagaan dengan kepujian.

Beliau yang fasih berbahasa Melayu, Inggeris, Mandarin serta dialek Hakka juga berpengalaman luas dalam pengurusan syarikat dan jualan, selain pernah berkhidmat sebagai pengurus perhubungan awam projek Laluan Rel Pantai Timur (ECRL) Seksyen 10 dari tahun 2022 hingga 2025.

Sebelum ini, Menteri Besar Terengganu Ahmad Samsuri Mokhtar mengumumkan perkara itu ketika berucap sempena kunjungan ke Bilik Gerakan PN DUN Ayer Keroh, Melaka minggu lalu.

Beliau berkata, langkah itu dibuat selaras Undang-undang Tubuh Kerajaan Negeri Terengganu yang mempunyai peruntukan khusus bagi melantik mana-mana pihak, kaum mahupun jantina yang tidak mempunyai perwakilan di dalam dewan.

View the original on Free Malaysia Today →

KioskNews shows a cleaned-up reading view extracted from the publisher’s page — the original always lives on their site, not ours.