ESPNOhtani 'considerably' healthier, expected back in Dodgers' lineup WednesdayThe Jerusalem PostChina's US ambassador warns about 'red lines' ahead of Trump, Xi meetingESPN DeportesCaitlin Clark y Kelsey Mitchell lideran triunfo de Fever ante LynxInquirerCalapan City launches citizen registry projectUOLLíder opositora é impedida de retornar à VenezuelaThe Hollywood ReporterFormer Miramax Exec Munika Lay Teams With Indie Producer Toni Wang to Launch Luna MediaRapplerAuditors flag gaps, missing docs in OVP’s P168-M disaster aidRMF24Stygmaty, śledztwa i cuda. Kim naprawdę był Ojciec Pio?CNN BrasilTRE-RJ libera candidatura de Rueda por unanimidade3DNewsВ Китае доля угольной энергетики впервые опустилась ниже 50 % по итогам первого полугодияMalay MailUpgraded Asean trade deal brought forward to end-2026, says Singapore DPMسكاي نيوز عربيةالرئيس الإيراني يصل إلى نيويورك
The Daily Newsstand · Free, Always
Wednesday, September 23, 2026

Rundingan kerusi Umno-PAS dijangka sukar menjelang PRU16, kata penganalisis

Translate

Umno perlu bersedia menghadapi rundingan kerusi yang sukar dengan PAS selepas presiden parti itu menyatakan hasrat supaya empat negeri di utara mengadakan pilihan raya serentak dengan PRU16, kata penganalisis.

Azmi Hassan

Azmi Hassan.

Azmi Hassan dari Akademi Nusantara berkata, pendirian Hadi Awang itu mencerminkan hasrat PAS mengekalkan penguasaannya di Kedah, Kelantan, Terengganu dan Perlis yang dikenali sebagai blok ‘SG4’.

“Berdasarkan apa yang Hadi katakan ketika muktamar beberapa minggu lalu, semua kerusi yang kini dikuasai PAS, termasuk di negeri SG4, akan dipertahankan dan tidak diserahkan kepada pihak lain untuk ditandingi, termasuk Barisan Nasional (BN),” katanya kepada FMT.

Beliau berkata, empat negeri berkenaan adalah kubu kuat PAS, dengan parti itu menguasai kira-kira 90% daripada kerusi di negeri tersebut.

Minggu lalu, Hadi berkata tiada keperluan mengadakan pilihan raya berasingan di empat negeri itu, sebaliknya berpendapat lebih praktikal jika ia diadakan serentak dengan PRU16.

Kenyataan itu dibuat selepas Timbalan Presiden Umno Mohamad Hasan mencadangkan Terengganu mengadakan pilihan raya negeri lebih awal bagi menguji kesungguhan PAS dalam menjalinkan kerjasama politik dengan BN.

Mohamad berkata, sebarang formula pembahagian kerusi yang dipersetujui bagi Terengganu boleh dijadikan model untuk PRU16.

Bagaimanapun, Timbalan Presiden PAS Tuan Ibrahim Tuan Man menolak cadangan Mohamad dengan berkata sokongan terhadap PRU16 lebih awal tidak bermakna parti Islam itu perlu bersetuju dengan pilihan raya awal di Terengganu.

Beliau turut menegaskan, kerajaan Terengganu stabil selain berkata pengundi tidak sepatutnya dibebankan dengan kos yang tidak perlu.

Azmi berkata, rundingan kerusi dalam sebarang kerjasama antara BN dan PAS berkemungkinan perlu diselesaikan berdasarkan negeri demi negeri.

Katanya, Melaka boleh menjadi ujian awal bagi melihat bagaimana kedua-dua parti menangani tuntutan masing-masing, dengan PAS mahu mendapatkan lebih daripada tujuh kerusi yang tinggal selepas BN mengumumkan akan mempertahankan semua 21 kerusi kini dikuasainya.

Azmi berkata, kedua-dua parti tetap dengan pendirian masing-masing berhubung kerusi yang sudah mereka kuasai.

“Tidak masuk akal untuk PAS menyerahkan kerusi yang kini dikuasainya kepada BN, sama seperti BN tidak akan menyerahkan 21 kerusi yang kini dikuasainya di Melaka,” katanya.

mazlan ali

Mazlan Ali.

Sementara itu, penganalisis politik Universiti Teknologi Malaysia, Mazlan Ali, berkata prospek kerjasama antara Umno dan PAS masih ‘jauh’ selepas PAS menolak gesaan Umno supaya PRN diadakan lebih awal.

“Jelas sekali PAS tidak akan mudah melepaskan kawasan dan negeri yang berada bawah penguasaannya,” katanya.

Beliau memberi amaran, keengganan PAS menguji formula kerjasama di SG4 boleh menjejaskan usaha mencapai persetujuan lebih luas antara Umno dan PAS menjelang PRU16.

Mazlan berkata, Umno memerlukan jaminan daripada PAS sebelum memulakan pembahagian kerusi secara besar-besaran.

Katanya, Umno juga boleh beralih kepada gabungan lain jika PAS enggan berkompromi.

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.

View the original on Free Malaysia Today

KioskNews shows a cleaned-up reading view extracted from the publisher’s page — the original always lives on their site, not ours.