וואלהאירוע ירי בטמרה - חשוד נעצרCNN TürkİSTANBULKART 1 TL ÖĞRENCİ ABONMAN BAŞVURUSU 2026| İBB aylık 1 TL öğrenci abonmanı başvurusu nasıl yapılır, kimler başvurabilir?PunchFlood alert: Lagos orders vulnerable residents to relocateESPN DeportesPese a fractura, Bregman espera jugar playoffsInquirerVP trial Day 28: Defense to cross-examine SEC execBollywood HungamaThe Vvaan makers acquire sync rights after Sargam Vaish’s copyright claim over ‘Aigiri Nandini’ESPNDart's injury hinders Giants as Stafford, Rams pick up MNF winInquirer EntertainmentAnne Curtis responds to ‘retokada’ claims, comments about daughter DahliaSözcüÖdülü duyan sokak sokak aramaya çıktı: 3 milyon lira verilecekBusiness AMDe oorlogen in Oekraïne en Iran bewijzen hoe hard moderne oorlogsvoering is veranderd20 MinutenRettungshund Tsunami erhält zum Ruhestand eine StatueCumhuriyet2026 KYK burs ve kredi başvuruları ne zaman başlayacak? GSB başvuru tarihleri, şartları ve e-devlet adımları
The Daily Newsstand · Free, Always
Tuesday, September 22, 2026

Panik dihubungi penyamar, pengurus pelaburan rugi RM1.2 juta

Translate

Pengurus pelaburan kerugian hampir RM1.2 juta selepas individu menyamar sebagai pihak berkuasa mendakwa dirinya terlibat kes pengubahan wang haram dalam kejadian Julai lalu.

Ketua Polis Kelantan Mohd Yusoff Mamat, berkata sindiket penipuan itu dipercayai menggunakan aplikasi penyamaran yang memaparkan nombor telefon, termasuk nombor IPK Kelantan kononnya panggilan itu berasal daripada polis.

Beliau berkata, pihaknya juga sedang menyiasat dengan lebih lanjut susulan mengesan 68 panggilan sehari menggunakan nombor IPK Kelantan.

“Tiada agensi seperti polis atau Bank Negara Malaysia yang menelefon orang awam dan mengarahkan mereka mengeluarkan wang atau membuka akaun baharu.

“Kalau menerima panggilan seperti itu, segera tamatkan panggilan dan hubungi agensi berkaitan melalui saluran rasmi untuk membuat semakan,” katanya menurut Bernama di IPK Kelantan, Kota Bharu.

Mengulas lanjut, Yusoff berkata, mangsa yang juga ibu tunggal berusia 50-an itu mengikut arahan suspek kerana terlalu takut sehingga mengeluarkan wang daripada akaun bank, termasuk simpanan Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP).

Katanya, mangsa juga menggadai dan menjual barang kemas miliknya bernilai hampir RM500,000.

“Wanita itu mengambil masa kira-kira dua bulan untuk membuat laporan polis selepas semua wangnya diserahkan kepada sindiket penipuan berkenaan.

“Dia tahu dirinya tidak terlibat dalam kes pengubahan wang haram tetapi kerana terlalu takut, dia tidak berkongsi perkara itu dengan ahli keluarga atau pihak polis,” katanya.

View the original on Free Malaysia Today

KioskNews shows a cleaned-up reading view extracted from the publisher’s page — the original always lives on their site, not ours.