The Jerusalem PostSaudi Arabia increasingly threatened by Houthis' advance - analysisPunchSuspected herders ambush Benue DPO, kill two policemenInquirerTrial still on VP Sara Duterte’s wealth: 13.6-fold hike in 18 yearsESPN DeportesYankees amarra serie y sigue 3.5 juegos debajo de RaysESPNCeltics' George ready to prove self in wake of controversial trade한겨레이 대통령 “모든 이의 밤 밝히는 달처럼”…‘5극 3특’ 특산물 추석 선물Inquirer EntertainmentZsa Zsa Padilla grieves loss of brother SonnySözcüPiyasalar için kıyamet senaryosu gerçek oldu: Vanalar kapandı petrol üretimi durduSouth China Morning PostSouth Korean killer’s drone escape from Philippine prison foiled by test footageSky TG24Contributi Inps versati in ritardo, sanzioni e interessi più alti. Le novità e cosa cambiaThe Sydney Morning HeraldSwans star in the mix for preliminary final selectionBBC BusinessTraffic, tourism and economy among election concerns
The Daily Newsstand · Free, Always
Wednesday, September 16, 2026

Elak retorik memecah-belahkan, hormati semua agama, gesa Uskup Agung Kuching

Translate

Persidangan Uskup Katolik Malaysia (CBCM) menyeru rakyat supaya menjauhi prasangka dan menolak retorik politik atau agama yang boleh memecah-belahkan masyarakat, susulan satu jenaka tidak sesuai oleh seorang ketua bahagian Umno baru-baru ini.

Dalam perutusan sempena Hari Malaysia, Uskup Agung Kuching Simon Poh berkata jenaka yang merendahkan tokoh agama tidak sepatutnya dibuat dalam mana-mana perhimpunan rasmi di negara ini.

Beliau mengulas video tular di media sosial yang memaparkan Ketua Umno Sepang Noorazli Said membuat jenaka tidak sesuai mengenai paderi dan biarawati ketika Perhimpunan Agung Umno pada Sabtu.

Poh, yang juga presiden CBCM, menyifatkan kejadian itu sebagai sesuatu yang menyakitkan hati masyarakat Katolik kerana paderi dan biarawati amat dihormati.

“Sejak beberapa generasi, biarawati yang berdedikasi telah mencurahkan seluruh kehidupan mereka untuk mengendalikan hospital, institusi kebajikan dan sekolah yang berkhidmat serta mendidik rakyat Malaysia daripada semua kaum dan agama.

“Justeru, amat difahami apabila ramai rakyat tersinggung dan menggesa tindakan undang-undang, permohonan maaf secara terbuka, penarikan semula jenaka itu serta tindakan sewajarnya bagi menangani penghinaan terhadap sensitiviti agama,” katanya dalam kenyataan.

Seru pelihara keharmonian, bina negara

Poh turut menyeru rakyat Malaysia menolak retorik politik atau agama yang boleh meretakkan keharmonian masyarakat berbilang kaum.

“Sebagai rakyat negara ini, marilah kita berhati-hati dengan tutur kata dan menjaga hati daripada prasangka, kebencian serta stereotaip apabila merujuk kaum, agama atau komuniti satu sama lain,” katanya.

Beliau turut mengajak rakyat menghayati identiti bersama sebagai “anak-anak Malaysia” dengan “meninggalkan permusuhan dan beralih kepada kebaikan serta persahabatan yang ikhlas”.

Kenyataan itu dikeluarkan selepas Konvensyen Pastoral Katolik Kebangsaan yang berlangsung di Sibu, Sarawak, dari 9 hingga 13 Sept.

Perhimpunan itu menghimpunkan 1,000 wakil Katolik termasuk kardinal, uskup agung, uskup, paderi, biarawati dan pemimpin awam dari Semenanjung, Sabah dan Sarawak.

Antara isu dibincangkan ialah kehidupan berkeluarga, belia, alam sekitar, perkhidmatan kebajikan dan usaha membina negara.

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.

View the original on Free Malaysia Today

KioskNews shows a cleaned-up reading view extracted from the publisher’s page — the original always lives on their site, not ours.