Daily MaverickNorth Korea fires missiles days after South Korea’s hypersonic testInquirerMt. Kanlaon spews ash after latest blastESPNTexans trade for Cardinals' Harrison, reunite WR with QB StroudESPN DeportesBrewers vino de atrás ante Dodgers y abre con triunfo SCLNThe Jerusalem Post'Worst is yet to come:' Houthis claim responsibility for strikes on Saudi airportsالنهارالذكاء الاصطناعي يغيّر قواعد التعليم الجامعي... هل الجامعات والأساتذة والطلاب مستعدون؟ZDF heuteEntdecken Sie das ZDF-NachrichtenstudioSözcüBunları açıklayınThe Sydney Morning Herald‘Things have to change’: Frydenberg criticises Liberals under Taylor’s leadershipRapplerLIVE UPDATES: Impeachment trial of Vice President Sara DuterteCBS SportsAre the Pack back? Green Bay, Jordan Love erupt in dominant win vs. Bears behind retooled offensive lineLenta.ruСпрос на iPhone упал по одной причине
The Daily Newsstand · Free, Always
Monday, October 12, 2026

Anwar tegaskan tiada tindakan terhadap pelajar kritik PM, kerajaan

Translate

Perdana Menteri Anwar Ibrahim berkata, tiada sebarang tindakan akan dikenakan terhadap pelajar yang mengkritik beliau atau kerajaan, menegaskan bahawa kritikan bukanlah suatu jenayah.

Beliau menambah, matlamat pendidikan adalah untuk memupuk pemikiran kritis, menekankan bahawa pendirian perlu dipertahankan.

Anwar berkata, sama seperti pelajar, para pemimpin juga melakukan kesilapan.

“Saya menggesa anak muda agar berani berpihak kepada kebenaran, menentang rasuah, menolak penindasan, dan tidak sesekali berkompromi dengan ketidakadilan,” katanya ketika merasmikan sidang kemuncak belia di Pusat Dagangan Dunia (WTC).

“Inilah mandat untuk generasi masa kini, (untuk) berpegang teguh pada prinsip, memperjuangkan keadilan, dan memacu perubahan demi membina sebuah negara berintegriti serta bermaruah.

“Semoga generasi muda hari ini bangkit sebagai pemimpin yang berprinsip, amanah dan berani, sedia menggalas tanggungjawab mengemudi Malaysia ke arah masa depan yang lebih baik.”

Tindakan universiti dihentikan

Beliau berkata demikian dalam ucapannya pada satu perhimpunan antarabangsa pemimpin muda masa depan, beberapa hari selepas beliau mengumumkan di Dewan Rakyat bahawa prosiding tatatertib universiti awam berkaitan kebebasan bersuara, penyampaian pandangan, kritikan awam dan perhimpunan aman akan dihentikan serta-merta.

Beliau turut berkata, Kementerian Pendidikan Tinggi sedang menyediakan satu kerangka perundangan menyeluruh bagi menggantikan Akta Universiti dan Kolej Universiti (Auku) 1971.

Jaminan beliau berhubung kebebasan bersuara ini menyusul lebih seminggu selepas aktivis mahasiswa Wong Yan Ke gagal mengetepikan sabitan serta denda RM10,000 kerana mengaibkan naib canselor Universiti Malaya dan graduan dalam satu bantahan ketika istiadat konvokesyen pada 2019.

Wong disabitkan kesalahan pada 2023 kerana mengaibkan naib canselor ketika itu, Abdul Rahim Hashim, serta hadirin lain selepas bertindak membawa plakad ke atas pentas bagi mendesak Abdul Rahim meletak jawatan.

Pada Ogos lepas, Anwar menegaskan bahawa universiti wajar melonggarkan tindakan tatatertib terhadap penuntut yang berdepan prosiding akibat menyuarakan pandangan atau kritikan.

Beliau berkata, mahasiswa sewajarnya diberikan ruang kebebasan yang lebih luas untuk bersuara dan menegur institusi, memandangkan universiti sepatutnya berfungsi sebagai medan percambahan idea baharu serta pemikiran kritis.

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.

View the original on Free Malaysia Today →

KioskNews shows a cleaned-up reading view extracted from the publisher’s page — the original always lives on their site, not ours.