ESPN DeportesBroncos firman una segunda mitad de calidad y se llevan un juego dramáticoInquirer‘Frustrated astronaut’ Marcos meets Pinoy real dealESPNHufanga comes up with INT to seal Broncos' win over RamsThe Jerusalem PostHuckabee announces plan to break ground on permanent US Embassy in JerusalemDaily MaverickTaylor Swift lands top trophy at MTV’s Video Music AwardsSözcüHasar gördükçe kendini yeniden onarıyor: Ömrü 500 yıla kadar dayanıyorSouth China Morning PostXi–Trump body language, Thailand’s tourist backlash: 5 weekend reads you missedCumhuriyetMeteoroloji açıkladı: 28 Eylül 2026 hava durumu raporu... Bugün hava nasıl olacak?Capital FMPresident Ruto mourns Martha Karua’s father, Jackson KaruaAntara NewsRI minister appointed as International Assembly of Mosque Imams leaderMintSouth Korea-Ukraine ties sour over North Korean POW transfer: Why Seoul wants an apologyDaily MailVMAs 2026 best dressed! Taylor Swift dazzles in shimmering gown as she leads the red carpet fashion parade alongside leggy Paris Hilton and scantily clad JoJo
The Daily Newsstand · Free, Always
Monday, September 28, 2026

‘Kenapa libatkan anak saya yang baru 12 tahun,’ soal Saravanan

Translate

Bekas menteri sumber manusia M Saravanan mendakwa Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) memanggil anak lelakinya yang berusia 12 tahun ke ibu pejabat agensi itu pada pagi ini untuk menerima notis pengisytiharan harta.

Bercakap kepada FMT, Saravanan berkata notis berkenaan sebenarnya boleh diserahkan kepadanya sebagai bapa kepada kanak-kanak itu.

“Kenapa seorang kanak-kanak berusia 12 tahun perlu hadir sendiri? Kenapa perlu meletakkan seorang kanak-kanak dalam keadaan tertekan dan risau?” katanya sambil menyatakan akan hadir di ibu pejabat SPRM pada 9.30 pagi.

Timbalan presiden MIC itu turut mempersoalkan sama ada SPRM menggunakan budi bicara dan mengambil kira sensitiviti secukupnya ketika memutuskan anaknya perlu hadir di ibu pejabat agensi berkenaan.

“Jika tujuannya hanya untuk memastikan sama ada terdapat harta yang didaftarkan atas nama kanak-kanak itu, kenapa maklumat tersebut tidak boleh diberikan melalui ibu bapa atau wakil yang sesuai?”

Saravanan mengakui SPRM mempunyai kuasa luas untuk mendapatkan maklumat daripada ahli keluarga individu yang sedang disiasat.

Bagaimanapun, katanya, kuasa itu tidak bermakna ia perlu dilaksanakan tanpa mengambil kira budi bicara dan sensitiviti, khususnya apabila melibatkan kanak-kanak.

Mengikut Seksyen 36(1)(b) Akta SPRM 2009, pegawai SPRM berpangkat pesuruhjaya atau lebih tinggi boleh meminta saudara atau sekutu individu yang disiasat mengemukakan kenyataan bertulis secara bersumpah, sekiranya terdapat alasan munasabah untuk mempercayai sesuatu harta dimiliki atau diperoleh berkaitan kesalahan di bawah akta itu.

Seksyen 36 turut memperuntukkan kuasa mengeluarkan notis bagi mengarahkan seseorang mengisytiharkan hartanya. Kegagalan mematuhi notis bertulis di bawah peruntukan itu boleh menjadi suatu kesalahan.

Saravanan berkata beliau tidak mempunyai masalah mengisytiharkan hartanya dan akan memberikan kerjasama kepada SPRM.

“Saya tiada apa yang hendak disembunyikan dan saya akan bekerjasama dengan SPRM. Kebimbangan saya ialah kenapa seorang kanak-kanak berusia 12 tahun perlu melalui semua ini.”

Ketua Pesuruhjaya SPRM Abd Halim Aman pada Jumaat berkata suruhanjaya itu akan mengeluarkan notis kepada Saravanan, isterinya dan tiga anak mereka untuk mengisytiharkan harta masing-masing.

Katanya, keluarga berkenaan diberi tempoh 30 hari untuk membuat pengisytiharan itu dan boleh memohon lanjutan masa sekiranya diperlukan.

View the original on Free Malaysia Today →

KioskNews shows a cleaned-up reading view extracted from the publisher’s page — the original always lives on their site, not ours.