Mesyuarat 25 Adun fokus khidmat rakyat, bukan isu istana, kata Jalaluddin

Pertemuan khas bersama 25 Adun Negeri Sembilan malam tadi tidak membincangkan sesi menghadap Menteri Besar Ismail Lasim dengan Yang Dipertuan Besar Negeri Sembilan Tuanku Muhriz Tuanku Munawir.
Ketua Umno Negeri Sembilan, Jalaluddin Alias, berkata pertemuan itu sebaliknya lebih tertumpu kepada usaha memastikan semua wakil rakyat blok kerajaan terus komited melaksanakan amanah di kawasan masing-masing, selain memperkukuh parti.
Beliau berkata Pengerusi Barisan Nasional (BN) Zahid Hamidi turut mengingatkan barisan Adun berkenaan supaya tidak terkesan dengan perkembangan semasa dan terus mengutamakan khidmat kepada rakyat susulan situasi politik di negeri itu.
“Kita bagi satu naratif, satu petua supaya Adun, 25 Adun yang ada ini menjalankan tugas di kawasan masing-masing, perkukuhkan parti dan juga tunaikan tanggungjawab sebagai wakil rakyat,” katanya kepada pemberita selepas pertemuan itu di Menara Dato’ Onn.
Jalaluddin berkata pertemuan berkenaan turut dihadiri Setiausaha Agung Umno Asyraf Wajdi Dusuki dan Setiausaha Agung BN Zambry Abd Kadir.
KioskNews shows a cleaned-up reading view extracted from the publisher’s page — the original always lives on their site, not ours.