PunchSinger Ed Sheeran returns to stage after boycott calls, Palestine rowESPNOregon wins in 84-0 rout despite missing 2 key players on offenseוואלהרוכב אופניים בן 54 נפצע באורח קשה בתאונה עצמית בכביש 44The Jerusalem PostGemini hacked three companies in first known breakout by Google's AICNN TürkHava Durumu (19-09-2026)Bollywood HungamaCONFIRMED: Ajay Devgn-starrer Ranger pushed to 2027; WON’T clash with Akshay Kumar-Vidya Balan’s comic caper, EethaSözcüTarlasında hazine buldu, servet sahibi olduХабр[Перевод] Протез для силы воли или харнесс для думскроллингаDaily MailPolice jail Freya The Ice Queen: Brothel boss trafficked Thai women thousands of miles to the UK and forced them into sex trade across the south-east to pay off five-figure debtsEuronewsMacron heading to Saint Pierre and Miquelon to meet with Canadian PM CarneyGuardian SportPolice on high alert before Millwall v West Ham, Spurs and Villa face crunch clash – matchday liveEgypt IndependentIran war has cost $45.1 billion, Pentagon tells Congress
The Daily Newsstand · Free, Always
Saturday, September 19, 2026

Bersatu tuntut layanan sama rata bagi banduan

Translate

Bersatu menuntut kerajaan memastikan prinsip layanan sama rata diterapkan dalam pelaksanaan tahanan di rumah, termasuk menjelaskan sama ada kemudahan itu boleh dipertimbangkan bagi banduan lain yang memenuhi kriteria ditetapkan.

Setiausaha Agung, Azmin Ali, berkata kerajaan wajar menjelaskan kerangka undang-undang, tatacara dan kriteria pelaksanaan tahanan rumah supaya tidak timbul persepsi wujud layanan berbeza berdasarkan kedudukan atau pengaruh seseorang.

“Termasuk sama ada keistimewaan yang sama boleh dipertimbangkan secara adil kepada banduan lain yang memenuhi kriteria ditetapkan.

“Penjelasan ini penting supaya tidak timbul persepsi bahawa terdapat satu bentuk layanan bagi golongan bangsawan, berpengaruh dan satu lagi bagi rakyat biasa,” katanya dalam kenyataan.

Azmin berkata, rakyat berhak mendapat keyakinan bahawa kedudukan, pengaruh atau latar belakang seseorang tidak mewujudkan piawaian pelaksanaan hukuman berbeza daripada yang terpakai kepada rakyat biasa.

Beliau berkata, penjelasan mengenai semua syarat dikenakan terhadap bekas perdana menteri Najib Razak, termasuk menjalani baki hukuman secara tahanan di rumah, perlu diumumkan secara terperinci bagi menjamin ketelusan.

Katanya, Bersatu juga menghormati Perkara 42 Perlembagaan Persekutuan yang memperuntukkan Yang di-Pertuan Agong mempunyai kuasa untuk memberi ampun, menunda atau legakan hukuman.

“Kuasa pengampunan Yang di-Pertuan Agong di bawah Perkara 42 terpakai kepada semua banduan yang berhak memohon pengampunan melalui proses undang-undang,” katannya.

Semalam, Jabatan Perdana Menteri (JPM) mengumumkan Najib diberikan pengampunan bersyarat dan dibenarkan menjalani baki hukuman penjara enam tahun di kediamannya, dengan syarat membayar denda RM50 juta secara penuh.

Bekas presiden Umno itu akan dibenarkan menjalani baki hukumannya bagi kes SRC International di bawah tahanan di rumah sehingga 23 Ogos 2028.

Agong mengurniakan pengampunan bersyarat kepada Najib susulan mesyuarat Lembaga Pengampunan Wilayah Persekutuan, yang turut dianggotai peguam negara, menteri Wilayah Persekutuan dan tiga ahli dilantik oleh Seri Paduka Baginda.

Najib, 73, sedang menjalani hukuman penjara enam tahun di Penjara Kajang selepas hukuman asalnya selama 12 tahun dikurangkan separuh pada Februari 2024. Denda asal sebanyak RM210 juta turut dikurangkan kepada RM50 juta.

Beliau mula dipenjarakan pada Ogos 2022 selepas Mahkamah Persekutuan menolak rayuan akhirnya dalam kes itu.

Pada Disember 2025, Najib disabitkan atas kesalahan salah guna kuasa dan pengubahan wang haram membabitkan lebih RM2 bilion berkaitan 1MDB.

Bekas Ahli Parlimen Pekan itu dijatuhi hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.38 bilion, dan kini sedang merayu sabitan tersebut.

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.

View the original on Free Malaysia Today

KioskNews shows a cleaned-up reading view extracted from the publisher’s page — the original always lives on their site, not ours.