PunchArmy arrests fake soldier accused of defrauding Gombe, Bauchi womenInquirerWater shortage grips Northern Samar capital as El Niño strengthensESPNWil Lutz drills walk-off field goal to defeat Seahawks in OTESPN DeportesDefensiva de Broncos llevan al equipo al triunfo en casaDaily MaverickUkraine hits Russian refinery as Zelensky says ‘we’re done’ with Trump’s energy truceThe Jerusalem PostMajority of Israelis back Haredi draft law, October 7 inquiry, IDI survey findsZDF heuteAktuelle Pressemitteilungen des ZDFGIGAZINENVIDIAが画像・動画・文章をまとめて理解するオープンウェイトAI「Nemotron 3.5 Super VL」を公開、処理コストを40分の1に削減する事例もNHK 社会東海道新幹線 地震防災システム作動で一時運転見合わせも再開New Straits TimesPH assemblymen slam Negri Sembilan government over assembly sitting postponementRapplerIsraeli firm used online ads to run vast spy operation, researchers sayCollider8 Sci-Fi Shows in Space That Are 10/10 Masterpieces
The Daily Newsstand · Free, Always
Friday, October 16, 2026

‘Lega sementara’, persatuan kata RM1,000 tak cukup selamatkan industri teksi, bas sekolah

Translate

Bantuan sekali bayar RM1,000 kepada pemandu teksi, kereta sewa dan bas sekolah hanya memberi kelegaan sementara, dengan wakil industri menggesa penyelesaian jangka panjang bagi menangani kos operasi dan kemerosotan jumlah pengusaha.

Presiden Gabungan Teksi Malaysia, Kamarudin Hussain, berkata bantuan itu tidak sepadan peningkatan kos operasi dan sara hidup, termasuk sewa teksi RM1,350 sebulan, bahan api RM1,500 serta penyelenggaraan RM200 hingga RM300.

“Kos insurans tahunan pula mencecah RM900 hingga RM2,600,” katanya kepada FMT.

Beliau turut menggesa kerajaan menyelaraskan kadar tambang e-panggilan yang didakwanya terlalu rendah sehingga mencetuskan persaingan tidak sihat dan menjejaskan pendapatan pemandu teksi.

Sebelum ini, Menteri Pengangkutan, Loke Siew Fook, berkata bantuan khas diumumkan Perdana Menteri Anwar Ibrahim dalam Belanjawan 2027 itu bersifat sekali bayar dan bergantung pada hasil tambahan kerajaan jika mahu diteruskan pada masa depan.

Pemberian itu memanfaatkan 38,000 pemandu teksi dan kereta sewa serta 15,000 pemandu bas sekolah.

Sementara itu, Presiden Persekutuan Persatuan Bas Sekolah Malaysia, Amali Munif Rahmat, berkata industri memerlukan pembaharuan untuk menarik golongan muda serta membantu pengusaha menggantikan kenderaan lama.

Katanya, jumlah bas sekolah berlesen di Semenanjung merosot daripada kira-kira 14,000 pada Januari 2019 kepada 10,744 pada Januari 2026.

“Pengeluaran lesen baharu belum dapat mengimbangi jumlah pengusaha yang meninggalkan industri, termasuk mereka yang sudah berusia dan tidak lagi mampu meneruskan operasi.

“Kekangan pembiayaan juga menyukarkan pengusaha menggantikan bas lama, khususnya apabila masih mempunyai baki pinjaman kenderaan persendirian dan tidak dapat memperoleh pembiayaan baharu,” katanya.

Amali mencadangkan kerajaan menyediakan pinjaman mudah melalui program peremajaan dan pemutihan bas sekolah bagi membolehkan pengusaha beralih kepada bas berdaftar serta meneruskan perniagaan kepada generasi seterusnya.

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.

View the original on Free Malaysia Today →

KioskNews shows a cleaned-up reading view extracted from the publisher’s page — the original always lives on their site, not ours.