ESPN'I want to build dynasties here': How the Valkyries built a title winner in just two yearsESPN DeportesChivas se aprovecha de un endeble Atlante y pelea la cimaInquirerSpooky mall frights, cemetery bazaar mark Bukidnon Halloween한겨레낮은 주가 방치 ‘저PBR’ 기업 151곳…이마트·태광산업·현대제철 포함The Jerusalem PostHezbollah unlikely to attack Israel in case of US-Iran war unless regime under threat - reportZDF heuteEntdecken Sie das ZDF-NachrichtenstudioUOLPropostas de Lula para as ferrovias focam trens urbanos e metrôsХабрSlyber TURN Server для WebRTC приложений с установкой в одну командуRolling StoneHarry Styles Honored by Jalen Brunson at Madison Square Garden, Receives 30 Nights BannerSportstarIND A vs NZ A LIVE Score, 2nd unofficial Test Day 2: New Zealand A 105/3; Boyle, Foxcroft rebuild; India A 346 all outColliderPrime Video's New 8-Episode Sci-Fi Series Continues a Modern MasterpieceMalay MailMalaysian gets two weeks’ jail in Singapore for dragging woman into lift after she refused invitation home
The Daily Newsstand · Free, Always
Sunday, November 1, 2026

Boikot MIPP jejas hasrat PN jadi gabungan berbilang kaum, kata penganalisis

Translate

Keputusan Parti Rakyat India Malaysia (MIPP) untuk tidak bertanding dalam PRN Melaka berisiko mengukuhkan persepsi bahawa Perikatan Nasional (PN) masih berpihak kepada kepentingan politik Melayu-Islam, kata penganalisis.

mazlan ali

Mazlan Ali.

Mazlan Ali dari Universiti Teknologi Malaysia berkata, tindakan MIPP menarik diri menyerlahkan kekurangan pengaruh parti komponen bukan Melayu PN dalam rundingan pembahagian kerusi dengan Barisan Nasional (BN).

Katanya, keputusan itu mencerminkan rasa tidak puas hati MIPP terhadap kegagalan PN melindungi kepentingan parti komponennya.

“Dengan memilih untuk tidak bertanding langsung berbanding menerima kerusi marginal yang tiada peluang realistik untuk menang, MIPP telah menjelaskan pendiriannya: ia sebuah parti berprinsip dan bermaruah yang tidak akan diketepikan,” katanya kepada FMT.

Mazlan berkata, ketiadaan MIPP boleh menjejaskan usaha PN menampilkan dirinya sebagai gabungan berbilang kaum, khususnya ketika PH dan BN mengetengahkan kerjasama antara kaum.

Beliau turut berkata, PAS, parti dominan dalam PN, dilihat tunduk kepada Umno apabila menerima peruntukan hanya tujuh kerusi untuk PN dan sekutunya.

Katanya, PAS seolah-olah menganggap MIPP tidak mempunyai pengaruh besar dari segi pilihan raya, khususnya dalam menarik sokongan pengundi India, meskipun kehadiran parti itu masih penting untuk mengukuhkan imej PN di peringkat nasional.

Beliau berkata, tindakan MIPP menarik diri boleh menjejaskan sokongan pengundi India di Gadek dan Bemban, yang mempunyai peratusan pengundi India yang ketara.

Kelemahan struktur PN

Awang Azman Pawi

Awang Azman Pawi.

Ahli akademik Universiti Malaya, Awang Azman Pawi, berkata tindakan MIPP menarik diri mencerminkan kelemahan struktur yang lebih mendalam dalam PN dan bukannya sekadar perselisihan mengenai pembahagian kerusi.

Katanya, ketegangan antara PAS dan Bersatu, selain pertikaian kepimpinan serta persaingan strategi pilihan raya, menyebabkan parti komponen lebih kecil semakin merasakan diri mereka diketepikan.

“Ini menunjukkan PN sedang mengalami krisis tadbir urus gabungan, kepercayaan politik dan perkongsian kuasa dalaman,” katanya.

Keputusan MIPP itu diumumkan presidennya, P Punithan, pada 29 Okt selepas gagal mencapai persetujuan dengan kepimpinan PN.

Beliau berkata, parti itu tidak akan menggadaikan prinsip semata-mata untuk mendapatkan kerusi, sambil menegaskan kepentingan dan suara masyarakat India wajar diberi pengiktirafan serta perwakilan sewajarnya.

Penamaan calon bagi PRN Melaka berlangsung pada 31 Okt, manakala pengundian awal ditetapkan pada 10 Nov dan hari mengundi pada 14 Nov.

Pada PRN 2021, BN memenangi 21 kerusi, PH memperoleh lima kerusi manakala PN memenangi dua kerusi.

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.

View the original on Free Malaysia Today →

KioskNews shows a cleaned-up reading view extracted from the publisher’s page — the original always lives on their site, not ours.