ESPN DeportesPackers cierran los caminos de Panthers en Green BayESPNPackers WR Watson returns to Lambeau after trip to hospital with chest injuryPunchObi faults Tinubu campaign posture, questions capacity to govern한겨레순천 꼬막·여수 꽃게장 ‘남도한바퀴’ 버스…서울·부산서 ‘시동’ZDF heuteAktuelle Pressemitteilungen des ZDFUOLHomem é preso após tentar enfiar droga nas partes íntimas ao ser abordado no PRGlobo EsporteGrêmio emenda segunda vitória seguida no Brasileirão e deixa o Z-4SözcüDireğe çarpan otomobil parçalandı: 2 ölüSportstarAl Nassr vs Al Kholood player ratings – Ronaldo hat-trick guides Al Nassr to victory in Saudi Pro LeagueSouth China Morning PostAI system to screen contractors by mid-2027 as part of sweeping Tai Po fire reformsGIGAZINEAppleがペニスのサイズを嘲笑しているとの懸念からか韓国でiPad miniの広告を修正n-tvO Captain, mein Captain: Patrick Stewart ist tot: Shakespeare zwischen den Sternen
The Daily Newsstand · Free, Always
Friday, October 30, 2026

Bidang selenggara motosikal tawar pendapatan lumayan

Translate

Belia diseru manfaat peluang Pendidikan dan Latihan Teknikal dan Vokasional (TVET) bidang penyelenggaraan motosikal khususnya bagi tenaga mahir yang menawarkan pendapatan lumayan.

Timbalan Perdana Menteri Zahid Hamidi, berkata bidang itu mempunyai prospek kerjaya yang baik susulan permintaan terhadap mekanik berkemahiran, terutama dalam penyelenggaraan motosikal berkuasa tinggi.

“Bila masuk TVET serta ada kemahiran terutamanya dalam membaiki motor dan sebagainya, gaji minimumnya ialah RM3,500. Inilah yang harus direbut oleh anak-anak muda,” katanya menurut Bernama dalam sesi Sembang Santai MotoGP anjuran AZH Club, di Bangi.

Zahid yang juga pengerusi Majlis TVET Negara, berkata kemahiran teknikal diperoleh menerusi latihan khusus TVET mampu memberikan kelebihan kepada belia membina kerjaya dalam industri tersebut, malah membuka peluang terlibat dalam arena sukan permotoran antarabangsa.

Dalam pada itu, beliau berkata latihan berkaitan teknologi motosikal elektrik (EV) dan motosikal konvensional turut diberi perhatian menerusi pembangunan Malaysia-China Institute di Bagan Datuk yang bakal menyediakan pendedahan kepada teknologi dari China.

“Insyaallah masa depan mereka akan lebih terbela apabila berada di peringkat antarabangsa. Kita (mungkin) tak perlu mekanik dari Itali atau dari Sepanyol. Mekanik dari Malaysia pun boleh membantu pelumba-pelumba kita di peringkat antarabangsa,” katanya.

Terdahulu, Zahid meluangkan masa lebih dua jam bersama peminat sukan permotoran yang antara lain memberi peluang kepada pengunjung beramah mesra dengan beliau dan menikmati pelbagai pengisian yang menggabungkan elemen sukan dan hiburan.

Sesi sembang santai itu turut menampilkan pelumba negara, iaitu Azlan Shah Kamaruzaman, Zulfahmi Khairuddin dan veteran Wazi Abdul Hamid yang berkongsi pengalaman mengenai arena permotoran negara.

Acara yang dihadiri lebih 3,000 pengunjung itu turut menampilkan pemberian sumbangan kepada golongan yang memerlukan, sekali gus membawa mesej keprihatinan terhadap kebajikan masyarakat.

View the original on Free Malaysia Today →

KioskNews shows a cleaned-up reading view extracted from the publisher’s page — the original always lives on their site, not ours.